Pembahasan Tentang Nur Muhammad Dari Berbagai Versi

oleh -879 views

PADANG,SUMBARTODAY- Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasauf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama alam semesta ini adalah Nur Muhammad. Kenyataan seperti ini telah menimbulkan banyak pula fahaman-fahaman lain berhubung dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai bayang, tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya.

Ia juga mendekatkan kepada konsep “Nur Muhammad”, Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Ia juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi kejadiannya berbeda dari yang lain kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada Nur Allah. Untuk ini banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadis-hadis yang sahih diketepikan atau diabaikan langsung.

Walaupun pengarang kitab-kitab sirah dan maulid dan juga pengarang-pengarang kitab-kitab thasauf itu mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tetapi tidak pula mereka menyatakan sanadnya, di samping tidak diketahui langsung puncak-puncaknya yang bisa dipertanggungjawabkan. Kalaupun ada, hanya satu hadist yang dikatakan telah dikemukakan oleh Abdul Razak dalam “Musannaf”nya, InsyaAllah akan dibahaskan kemudian. Tetapi anehnya banyak lagi perincian yang tidak terdapat di dalam hadis Abdul Razak itu tentang Nur Muhammad dapat kita lihat dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan mereka.

Sebagai contohnya, dapat kita lihat di awal surat pertama “Madariju As-Suud” karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai “Al-Barzanji”. Kitab tersebut dibuka dengan puji-pujian kepada Allah yang telah memulakan wujud ini dengan Nur Muhammad yang meresap dalam segala perkara yang ditakdirkan Allah sebelum diciptanNya langit dan bumi selama 50,000 tahun.

Nur Muhammad Versi Ka’bul Akhbar

Kata Ka’bul Akhbar, “Bila Allah hendak menjadikan sekelian maujudat dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit, maka Dia menggenggam satu genggaman daripada NurNya. Diapun berkata kepada segenggam NurNya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang daripada Nur yang berkilau-kilau sampai daripada hijab kegelapan lalu Nur itupun bersujud seraya berkata “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Ku ciptakan engkau dan Ku namakan engkau Muhammad. Daripada engkau lah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan dengan engkau lah Aku menyudahi Rasul-Rasul”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan NurNya itu kepada empat bahagian pula.

Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikannya Qalam. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam, “Tulislah”. Maka menggeletarlah Qalam itu selama 1,000 tahun justru hebatnya perintah Allah kepadanya itu. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laailaha illallah Muhammadun Rasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) berhubung dengan makhlukNya.

Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Siapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka.

Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka.

Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka.

Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka.

Wahai ummat Muhammad! Siapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…..” Qalam sudah hampir menulis akan dimasukkanNya ke dalam neraka tiba-tiba terdengar seruan daripada Tuhan Yang Maha Tinggi, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah dengan tangan Qudrat. Karena itulah pada kebiasaannya setiap qalam tidak menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah dan berbintik-bintik dan tuhanpun berkata kepadanya, “Tulislah ummat yang berdosa dan Tuhan Yang Pengampun”.

Kemudian dari bahagian yang ketiga dari Nur Muhammad itu Allah menjadikan Arasy. Bagian keempat pula dibagi empat bagian.

  1. Pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh sebab itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.
  2. Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah Arasy sehingga Allah `Azzawajalla menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.

Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf. Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?” Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penutup sekalian Rasul yang Aku keluarkan dari belakangmu.” Berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur itu di sebelah hadapanku supaya malaikat mengadapku.” Maka Allahpun meletakkannya di dahinya. Pada ketika itu para malaikat pun berdiri mengadap wajah Adam, lalu Adam pun berkata “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur ini di suatu tempat yang dapat aku melihatnya”. Maka Allahpun meletakkan Nur Muhammad itu di jari telunjuknya.

Adam melihat kepada kecantikan Nur itu, maka bertambah-tambahlah kecantikan dan serinya. Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung. Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa. Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bagai matahari yang bersinar-sinar. Kemudian Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam yaitu Syith. Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa, berpindah pulalah ia kepada Syith. Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci.

Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekalian Rasul dan penyudah sekelian Nabi, dijadikannya rahmat kepada sekalian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah.

Nur Muhammad Versi Syeikh Zainal Abidin Al-Fathaani

Contoh yang kedua pula dapat kita lihat di dalam kitab-kitab seperti “Daqaa’iqu Al Akhbar Fi Zikri Al Jannati Wa An Nar” karangan Abdul Rahim bin Ahmad Al Qadhi, “Kasyfu Al Ghaibiah” sebuah kitab jawi karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fathaani dan lain–lain di mana disebutkan di dalam helaian pertamanya lagi tentang kejadian Nur Muhammad itu tetapi ia jauh berbeza daripada apa yang terdapat di dalam kitab “Madariju As Su’ud” tadi , begini bunyinya ;

Kejadian Ruh Agung yaitu Nur Penghulu Kita Dan Nabi Kita Muhammad SAW.

Tersebut di dalam hadist bahawasanya Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al Muttaqin.” Dalam sesetengah riwayat tersebut “Syajaratu Al Yaqin“ . Kemudian Ia menjadikan Nur Muhamamd di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun .

Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya . Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok . Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan bertitiklah daripadanya enam titik peluh .

Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakar r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a . Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Utsman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi.

Setelah itu bersujudlah Nur Muhammad itu sebanyak lima kali. Lima kali sujud itu merupakan fardhu yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berupa sembahyang lima waktu ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ummatnya.

Kemudian Allah menilik pula kepada Nur itu, maka berpeluhlah ia kerana malu kepada Allah. Dari peluh hidungnya Allah menjadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah menjadikan arasy, qursi, lauh, qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala sesuatu yang terdapat di langit. Daripada peluh dadanya Allah menjadikan sekelian Nur Rasul, sekalian ulama, syuhada’ dan solihin. Dari peluh belakangnya Allah menjadikan Baitul Ma’mur, Ka’bah, Baitul Maqdis dan segala tapak masjid di dunia ini.

Daripada peluh dua keningnya itu Allah menjadikan ummat Nabi Muhammad, dari sekalian mukmin lelaki dan perempuan. Dari peluh dua telinganya Allah menjadikan segala ruh Yahudi, Nasrani, Majusi dan seumpamanya dari mulhid, kafir dan munafiqin. Dari peluh dua kakinya Allah menjadikan segala bumi dari Masyrik dan Maghrib dan segala apa yang ada di dalamnya.

Kemudian Allah berfirman kepada Nur, “Perhatikanlah di sebelah hadapanmu wahai Nur Muhammad!” Apabila ia memerhatikan tiba-tiba ia melihat di sebelah hadapan dan belakangnya dan di sebelah kanan dan kirinya nur semata-mata. Nur-nur itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Nur-nur itu kemudiannya bertasbih selama 70,000 tahun. Kemudian Allah menjadikan nur para Nabi daripada Nur Muhammad. Allah menilik kepada Nur Muhammad maka dijadikanNya daripada Nur itu ruh-ruh mereka itu yakni dijadikan ruh sekelian Nabi itu daripada peluh Nur Muhammad s.a.w. Daripada peluh ruh-ruh para Nabi itu dijadikan ruh-ruh ummat mereka dan dijadikan ruh orang-orang mukmin dari kalangan ummat Muhammad daripada peluh Nabi Muhammad. Maka mengucaplah sekelian mereka ‘Laaila ha illallah Muhammadun Rasulullah”.

Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

Lalu diletakkan di dalam qandil itu. Maka berdirilah ia di dalam qandil itu seperti berdirinya di dalam sembahyang dan ruh-ruh para Nabi dan lain-lain mengelilingi qandil Nur Muhammad itu. Mereka semua bertasbih dan bertahlil selama 100,000 tahun.

Kemudian Allah memerintahkan supaya tiap-tiap ruh itu menilik Nur Muhammad itu. Ada di antaranya melihat kepalanya maka jadilah ia khalifah dan sultan antara sekelian makhluk, di antara mereka ada yang melihat dua matanya maka jadilah ia hafiz bagi kalam Allah. Di antara mereka ada yang melihat dua keningnya maka jadilah ia pelukis. Di antara mereka ada yang melihat dua telinganya maka jadilah ia orang yang mendengar dan patuh. Di antara mereka ada yang melihat dua pipinya maka jadilah ia orang yang berbuat baik dan berakal. Di antara mereka ada yang melihat dua bibir mulutnya maka jadilah ia pembesar-pembesar di sisi raja. Di antara mereka ada yang melihat hidungnya maka jadilah ia pujangga, doktor dan penjual wangi-wangian. Di antara mereka ada yang melihat mulutnya maka jadilah ia orang yang berkuasa. Di antara mereka ada yang melihat kakinya maka jadilah ia orang rupawan sama ada lelaki atau perempuan. Di antara mereka ada yang melihat akan lidahnya maka jadilah ia utusan raja-raja. Di antara mereka ada yang melihat halkumnya maka jadilah ia penasihat dan muazzin (tukang azan). Di antara mereka ada yang melihat janggutnya maka jadilah ia orang yang berjuang “fi sabilillah”.

Di antara mereka ada orang yang melihat tengkoknya maka jadilah ia saudagar. Di antara mereka ada yang melihat dua lengannya maka jadilah ia orang yang pandai bermain kuda dan pedang. Di antara mereka ada yang melihat lengan kanannya maka jadilah ia tukang berbekam. Di antara mereka ada yang melihat lengan kirinya maka jadilah ia orang yang jahil. Di antara mereka ada yang melihat tapak tangan kanannya maka jadilah ia penjual emas dan perak dan tukang sukat. Di antara mereka ada yang melihat tangan kirinya maka jadilah ia orang yang pandai menyukat. Di antara mereka ada yang melihat dua tangannya maka jadilah ia orang yang pemurah dan terpuji. Di antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kiri maka jadilah ia orang yang bakhil. Di antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kanan maka jadilah tukang masak. Di antara mereka ada yang melihat ruas-ruas anak jari yang kiri maka jadilah ia juru tulis. Di antara mereka ada yang melihat anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang jahit. Di antara mereka ada yang melihat segala anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang besi. Di antara mereka ada yang melihat dadanya maka jadilah ia orang yang `alim, mulia dan mujtahid. Di antara mereka ada yang melihat belakangnya maka jadilah ia orang yang tawadhu’ dan taat mengikut syara’. Di antara mereka ada yang melihat dua lambungnya maka jadilah ia orang yang berperang fi sabilillah. Di antara mereka ada yang melihat perutnya maka jadilah ia orang yang bersifat qana’ah dan zahid. Di antara mereka ada yang melihat dua lututnya maka jadilah ia orang yang ruku’ dan orang yang sujud. Di antara mereka ada yang melihat dua kakinya maka jadilah ia orang yang pandai berburu. Di antara mereka ada yang melihat dua tapak kakinya maka jadilah ia orang yang berjalan. Di antara mereka ada yang melihat bayang-bayangnya maka jadilah ia penyanyi dan pemain gendang.

Di antara mereka ada yang tiada melihat sesuatu daripadanya maka jadilah ia Yahudi dan Nasrani atau kafir dan musyrik atau Majusi. Di antara mereka ada yang tiada langsung melihatnya maka jadilah ia orang yang mendakwa ketuhanan seperti Fir’aun dan lainnya daripada orang kafir”.

Makhluk Yang Mula-Mula Dicipta Allah Mengikut Hadis Yang Sahih

Sedangkan apa yang diketahui daripada kitab-kitab hadis yang sahih dan muktabar, yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah s.w.t. ialah Qalam. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Daud daripada Ubadah bin As-Samit daripada Nabi s.a.w., “Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah ialah Qalam. Maka Allah berfirman kepadanya, “Tulislah!” Iapun berkata, “Wahai Tuhan! Apakah yang perlu saya tulis?” Allah s.w.t bersabda, “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga kiamat.”

Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa yang mula-mula diciptakan oleh Allah ialah `Arasy. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. Ketika itu arasyNya telahpun berada di atas air”.

Di sini jelas menunjukkan bahawa kejadian arasy dan air adalah terdahulu daripada kejadian pen, tetapi yang mana satu daripada arasy dan air ini pula terdahulu diciptakan? Berdasarkan riwayat Ahmad dan Tirmidzi dan dihukum sahih olehnya dari hadits Abi Razin Al’Uqaili secara marfu’ tersebut bahawa air telah diciptakan terlebih dahulu daripada arasy. Hafidz Ibn Hajar di dalam Fathul Baari jilid 6 hal. 289 juga mentarjihkan hadis ini.

Kebanyakan ulamak mengatakan ter”dahulu”nya pen itu dalam penciptaannya adalah merupakan “awwaliah idhafiah” atau “terdahulu nisbi” sementara ter”dahulu”nya arasy dan air itu adalah terdahulu “awwaliah haqiqiah” maksudnya “terdahulu sebenar”.

Sementara hadis yang dikatakan menyebutkan bahawa kejadian yang pertama sekali ialah Nur Muhammad pula merupakan sesuatu yang tidak berasal dan tidak sabit daripada Rasulullah s.a.w.. Hafidz Ibn Taimiah dan Ibn Katsir menyatakan, “Semua hadis-hadis yang menyatakan demikian adalah palsu dan diada-adakan dengan ittifaq ahli ilmu hadis” (Al Aatsaru Al Marfu’ah, hal 23). Demikian juga kata Abu Hasan Ali bin Muhammad Al Kinani dan Imam Zahabi (Tanzihu As Syari’ah Al Maarfu’ah).

Kedudukan ‘Hadis’ Tentang Nur Muhammad

Ada dikatakan hadis tentang Nur Muhammad telah dikemukakan oleh Abdul Razak bin Hamam dalam “Musannaf”nya padahal hadis itu tidak terdapat dalam kitab tersebut menurut perhatian penulis terhadap kitab “Musannaf” cetakan Al Maktabu Al Islami, Beirut, dengan tahqiq oleh Allamah Al Muhaddits Habibur Rahman Al-A’zami.

Yang mengherankan ialah para ulamak yang lalu menyebutkan hadist ini terdapat di dalam “Musannaf” seperti apa yang disebutkan oleh pengarang sebuah kitab tasauf dalam bahasa Jawi iaitu “Ad Durun an Nafis” (muka surat 23) dan Sulaiman An Nadwi dalam “Seeratu an Nabi” (Jilid 3) tetapi Sulaiman Nadwi mengakui tidak berpeluang melihat kitab itu sendiri kerana kitab itu tidak dicetak di India pada ketika itu.

Sementara Anwar Shah Kasymiri pula menyatakan hadis itu telah dikemukakan oleh Hakim dalam “Mustadrak”nya tetapi apabila diteliti tidak terdapat pun hadis itu di dalam Mustadrak, yang ada hanyalah hadis tentang Qalam sebagai sesuatu yang mula-mula dijadikan oleh Allah bukannya Nur Muhammad. Tidaklah dapat dipastikan samada ulamak-ulamak yang lalu itu hanya menukilkan riwayat dari nukilan dan kata-kata orang lain berdasarkan kepercayaan kepada orang itu tanpa melihatnya sendiri atau ada di antara mereka yang mendapati naskah “Musannaf” yang menyebutkan tentang Nur Muhammad itu.

Walaubagaimanapun daripada naskah yang tercetak dan tersebar hari ini, hadis itu memang tidak wujud. Apa yang didakwakan sebagai hadis Nur Muhammad yang terdapat di dalam kitab “Musannaf” itu mengikut sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Riza Khan Barelwi (Pengasas aliran Barelwi di India dan Pakistan) yang sesat itu di dalam kitabnya “Solatu As Safa” adalah sebagai berikut:

“Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Jabir, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta sebelum segala sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya. Maka Nur itu mula berputar dengan kudrat Allah selama dikehendakiNya. Pada ketika itu belum ada lagi lauh dan qalam, syurga dan neraka. Belum juga ada malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan manusia. Bila Allah hendak menjadikan makhluk, dibahagiNya Nur itu kepada empat bahagian. Daripada bahagian yang pertama dijadikan qalam, daripada bahagian yang kedua dijadikan lauh, daripada yang ketiga dijadikan arasy. Kemudian Dia membahagikan bahagian yang keempat kepada empat bahagian yang lain. Daripada bahagian yang pertama dijadikan langit, daripada bahagian kedua dijadikan bumi, daripada bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka kemudian yang keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian ….” hingga ke akhir hadis.

Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadis ini tidak terdapat dalam “Musannaf” Abdul Razak. Kalau diandaikan hadis ini memang ada, maka ia perlu dinilai dan ditimbang dengan neraca ilmu hadis dan hasilnya tentu akan kita dapati bahawa ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada menerima hadis ini untuk dijadikan sebagai pegangan.

Pertama, perlu diteliti dan diketahui dengan sejelas-jelasnya siapakah Abdul Razak itu? Mengikut kebanyakan tokoh-tokoh hadis bahawa Abdul Razak adalah seorang Syiah Rafidhah. Setengah ulamak menganggapnya sebagai pembohong. Ulama-ulama hadits yang menerima riwayatnya pun mengemukakan beberapa syarat untuk diterima riwayatnya. Antaranya ialah:

  1. Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan fadhail dan manaqib tidak akan diterima.
  2. Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi sahabat tidak akan diterima.
  3. Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa kesadaran dirinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima.
  4. Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar.
  5. Dia terkenal dalam kesilapannya meriwayatkan hadis-hadis Ma’mar sedangkan kebanyakan riwayat-riwayatnya adalah berpunca daripada Ma’mar.
  6. Sekiranya hadis yang diriwayatkannya itu hadis yang muttasil dan setiap perawinya adalah orang tsiqah barulah boleh diterima riwayatnya.

Itupun bagi orang-orang yang menerima riwayatnya, sementara segolongan ulamak hadis pula langsung tidak mahu menerima riwayatnya oleh kerana beliau dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Zaid bin Al Mubarak malah menyatakan Abdul Razak itu lebih pembohong daripada Waqidi. Ahmad bin Abi Khaitsamah berkata, “Saya mendengar Ibn Ma’in ketika diceritakan kepadanya bahawa Imam Ahmad berkata, “Ubaidullah bin Musa ditolak hadisnya kerana kefahaman Syiahnya”. Maka Ibn Ma’in berkata, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Abdul Razak lebih melampau 100 kali ganda daripada Ubaidullah dalam perkara ini (Az Zahabi-Mizanu Al-I’tidal, jilid 2 muka surat 611)

Bagaimanapun pendapat kebanyakan ulama hadist tentang Abdul Razak ialah, beliau adalah seorang Syiah Tafdhiliah dan boleh diterima riwayat-riwayatnya dengan syarat-syarat yang telah disebutkan tadi.

Kedua, perlu juga dilihat kedudukan kitab “Musannaf” itu di antara kitab-kitab hadis yang lain dan menurut Syah Abdul Aziz bahawa kitab-kitab hadis itu terbahagi kepada empat peringkat. Termasuk di dalam peringkat yang pertama tiga buah kitab iaitu “Muwattha’” Imam Malik, Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim. Termasuk di dalam peringkat yang kedua ialah kitab-kitab seperti Jami’ Tirmidzi, Sunan Abi Daud dan Sunan Nasa’i. Di dalam peringkat yang ketiga pula termasuk kitab-kitab hadis yang memuatkan hadis-hadis sahih, hasan, dhaif, ma’ruf, gharib, syaz, mungkar, khatha’ dan shawab (salah dan betul) sabit dan maqlub. Kitab-kitab yang termasuk dalam peringkat yang ketiga ini tidaklah sampai kepada kemasyhuran yang begitu tinggi di kalangan ulamak. Walaupun tidak semua hadis-hadisnya boleh dinamakan mungkar, para fuqaha tidak banyak menggunakan hadis-hadis daripada kitab-kitab ini yang mutafarrid (hadis yang hanya disebut di dalam salah satu daripada kitab-kitab ini)

Termasuk di dalam peringkat ini ialah kitab-kitab seperti Musnad Imam Syafi’e, Sunan Ibn Majah, Musnad Ad Daarimi, Musnad Abi Ya’la, Musannaf Abdul Razak dan lain-lain. Termasuk di dalam peringkat keempat pula kitab-kitab hadis yang hanya memuatkan hadis-hadis dhaif dan maudhu’ seperti “Kitabu Ad Dhu’afa’” karangan Ibn Hibban, “Kitabu Ad Dhu’afa’” karangan `Uqaili dan lain-lain.

Daripada keterangan di atas dapat dilihat bahawa Musannaf Abdul Razak itu termasuk daripada kitab-kitab hadis dari peringkat ketiga. Riwayat-riwayatnya tidak boleh diterima secara mutlak tanpa memeriksa dan menilainya terlebih dahulu.

Sesetengah ulamak misalnya Maulana Habibur Rahman Kandahlavi seorang tokoh hadis di Pakistan menyatakan kepalsuan hadis ini ditinjau dari sudut dirayah. Begini katanya, “Hadis ini menyatakan bahawa Nur Muhammad telah dicipta oleh Allah dari NurNya. Kemudian daripada Nur Muhammad itu diciptakan sekelian makhluk lain, seolah-olahnya Allah telah terbahagi kepada juzuk-juzuk dan jisim yang tidak berkesudahan buat selama-lamanya. Ini bermakna setiap sesuatu dalam alam semesta ini merupakan satu juzuk daripada Allah dan setiap sesuatu darinya mempunyai unsur ketuhanan. Tiada lagi yang sunyi dari unsur ini. Dalam keadaan ini jika ada seseorang yang mendakwa sebagai Tuhan atau berkata, “Anal haq” “Ana Rabbukumul a’la” mungkin juga dari satu sudut ada kebenarannya.

Ketika itu perbezaan antara khaliq dan makhluk, ‘abid dan ma’bud dan malik dan mamluk yang ditekankan dengan sejelas-jelasnya dalam Al-Quran sudah tidak bererti lagi. Inilah sebenarnya asas kepada faham “Wahdatul Wujud” atau “Serba dia” yang sesat itu yang menganggap segala sesuatu sebenarnya Dia (Tuhan).

Kalau dikatakan pula juzuk-juzuk yang terpisah dari Allah itu akan fana’ bermakna Allah juga akan fana’ dan kalau dikatakan pula bahawa juzuk-juzuk itu tidak akan fana’ tetapi sebaliknya akan bergabung kembali dengan zat Allah yang merupakan puncanya maka tidak ada perbezaan pula dengan kepercayaan orang-orang Kristian terhadap Nabi Isa dan fahaman yang seperti inilah asas kepada Trinity. Tetapi orang-orang Kristian menghadkan pecahan Tuhan kepada tiga sahaja. Golongan ini pula telah memasukkan sekelian makhluk dalam lingkungan ketuhanan.

Seandainya kita menerima satu juzuk daripada zat ini telah terpisah dari zat Allah maka ia akan membawa kepada dua keadaan: Pertama: Sesuatu yang boleh dibahagikan kepada beberapa juzuk adalah jisim dan akan musnah. Ini membawa kepada Allah dipercayai berjisim dan akan musnah. Kedua: Bila dianggap satu juzuk daripada Allah telah terpisah daripadaNya, maka ia bermakna sudah pasti berlaku kekurangan pada zat Allah.

Tujuan Sebenar Mengapa Konsep Nur Muhammad Diketengahkan

Pengamatan secara logik terhadap riwayat-riwayat ini sebenarnya akan membawa kita kepada satu natijah bahawa riwayat-riwayat yang seperti ini merupakan “tabarra” (pernyataan rasa benci) terhadap Allah Taala. Perkara yang seperti ini tidak hairan jika datangnya daripada seorang Syiah. Yang paling menghairankan ialah bagaimana ramai daripada ulamak-ulamak Islam terpedaya dengannya sehingga menganggapnya sebagai suatu keistimewaan Rasulullah pula.

Anggapan bahawa Allah adalah Nur adalah salah kerana Nur adalah makhluk Allah. Makhluk dan Khaliq adalah berlainan. Kalau tidak akan lahirlah aqidah “Wahdatul Wujud” tadi. Dalam Al Quran dapat kita lihat sekian banyak ayat yang menunjukkan Nur sebagai makhluk, contohnya:

  1. “Dia telah menjadikan kegelapan dan cahaya” (Surah Al An’am: 1)
  2. “Kami telah jadikan untuk manusia nur (cahaya) yang mana dia membawanya di kalangan manusia” (Surah Al An’am: 122)
  3. “Siapa yang Allah tidak menjadikan untuknya nur (cahaya), dari manakah akan diperolehnya nur?” (Surah An Nur: 40)

Perlu diingat bahawa “ja’il” dan “ma’jul” yakni yang menjadikan dan yang dijadikan itu tidak mungkin sama kerana “ja’il” bererti yang mencipta sedangkan “ma’jul” bermakna yang diciptakan atau makhluk sedangkan pencipta dan yang dicipta, pembuat dan yang dibuat mustahil sama. Ramai juga orang terkeliru apabila membaca firman Allah yang berbunyi, “Allah adalah nur langit-langit dan bumi”. Orang-orang awam mungkin sekali terpedaya dengan ayat-ayat yang seperti ini tetapi amat dikesali sekiranya alim ulamak turut terpedaya dengannya kerana dalam bahasa Arab nur adalah “masdar” dan “masdar” ada kalanya memberi makna “masdari”, ada kalanya memberi makna maf’ul dan ada kalanya memberi makna “fa’il”. Kerana itulah ahli-ahli tafsir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan, “Allahu munawwiru assamaawaati wal ardh (Allah yang menyinari langit-langit dan bumi)”

Jika Allah bukan Nur maka sudah tentu tidak timbul lagi persoalan kejadian sesuatu daripada NurNya. Sekiranya Nur Muhammad itu benar-benar diciptakan daripada Nur, apakah halangannya kepada Allah untuk menyatakan dengan terus terang bahawa Dia menjadikan nabi Muhammad daripada Nur sebagaimana dijadikan Malaikat? Masalahnya apabila dikatakan asal kejadian manusia itu daripada nur maka ia akan bertentangan dengan ayat Allah yang lain yang bermaksud, “Kami telah menciptakan manusia daripada tanah ……”

Bagaimanapun itu adalah pendapat Maulana Habibur Rahman yang mungkin sebahagian daripada komentarnya boleh dipertikaikan atau ditakwilkan. Misalnya dengan mengatakan, “Memang Allah itu Nur tetapi bukan seperti Nur yang lain seperti mana yang dinyatakan Allah mempunyai tangan (di dalam al-Quran) tetapi bukan seperti tangan makhluk. Begitu juga Allah mempunyai mata tetapi bukan seperti mata makhluk. Apa yang hendak dinyatakan ialah nur itu ialah salah satu daripada nama sifat tuhan dan ini diterima oleh semua.

Yang dimaksudkan dengan menjadikan nur NabiNya daripada nurNya bukanlah bermakna menjadikan Nur Muhammad daripada sebahagian nur Tuhan yakni dengan memakai “min li attab ‘idh” dengan erti sebahagian atau satu juzuk daripada Nur Tuhan”. Tidakkah boleh juga dipakai “min” itu dengan erti “ibtida’iah” bermakna kejadian Nur Muhammad itu berpunca daripada sifat nur Allah seperti dalam Al Quran Allah menyebutkan tentang kejadian Nabi Adam bermaksud, “Bila Aku menyempurnakan kejadiannya (Adam) dan meniupkan ke dalamnya “min ruhi” (daripada ruhKu) “Di sini tidak bermakna ruh Nabi Adam itu dijadikan daripada sebahagian ruh Allah dengan memakai “min li attab’idh” tetapi semua ulamak mengatakan bahawa ruh Nabi Adam itu adalah daripada kejadian Allah swt yakni Allah yang menjadikan ruh dan meniupkannya ke dalam tubuh Nabi Adam. Ini bererti persamaan yang terdapat pada perkataan nur atau ruh itu adalah persamaan pada lafaz sahaja bukannya persamaan sifat hakikat itu seperti sifat Tuhan Al-Malik yang bererti raja, apakah Raja yang terdapat di dunia ini boleh disamakan dengan Allah yang bersifat Al-Malik itu kerana ia seorang Raja, dan ia dikatakan “Al Malik dikalangan manusia? Tentu sekali tidak.!

Bagaimanapun perkara ini mengelirukan sehingga ada sesetengah ulamak yang menyimpulkan begitu. Sebagai contohnya, Maulana Habibur Rahman kerana realiti yang dihadapi oleh beliau daripada kepercayaan dan gelagat-gelagat golongan Barelwi yang terdapat di India dan Pakistan yang jelas menyatakan Nur Muhammad itu adalah sebahagian daripada Nur Tuhan sebagaimana yang terdapat dalam serangkap syair dalam bahasa Urdu oleh salah seorang tokoh Barelwi begini bunyinya:

“Vohi jo mustavi arasy tha khudha ho kar”

Utar para Madina mei Mustafa ho kar”

Bermaksud:

“Dialah yang telah bersemayam di atas arasy sebagai Tuhan

Turun ke Madinah sebagai Mustafa (Muhammad)”

Bukankah penyelewengan yang seperti ini berpunca daripada pentafsiran tentang Nur Muhammad yang dikatakan berasal daripada hadis itu?.

Memanglah tidak sia-sia takwilan yang telah dikemukakan tadi kalau sekiranya ia dikemukakan untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul daripada hadis yang sahih tetapi setelah jelas hadits itu bukan sahih bahkan ia adalah hadis yang maudhu’, tidak perlu lagi kepada takwilan yang seperti itu. Apalagi ia membuka pintu kepada golongan-golongan yang menyeleweng yang membawa fahaman “Wahdatul Wajud” (Serba Dia) atau aqidah “Triniti” dan sebagainya.

Untuk diterima Nabi Muhammad merupakan Nur dalam pengertian majazi (bahasa pinjaman) tidaklah ditolak oleh semua ulamak. Memanglah Nabi Muhammad mempunyai sifat seperti cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Kalau terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan Nabi Muhammad sebagai Nur maka ia mengisyaratkan kepada erti yang seperti ini. Sama sekali ia tidak menunjukkan Nabi Muhammad berasal daripada Nur seperti kejadian malaikat umpamanya. Dalam pengertian majazi ini Nur tidak dikhususkan untuk Nabi Muhammad sahaja bahkan Nur juga dipakai dengan erti agama Islam, Al Quran dan lain-lain lagi.

Sebenarnya riwayat-riwayat yang seperti ini adalah rekaan orang-orang Syiah dengan tujuan memperkenalkan konsep “Panjthan” dalam ajarannya yang mengatakan bahwa Nur itu berpecah kepada lima iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Mereka berharap apabila ummat Islam bersedia menelan sebiji ubat pahit ini, maka mereka akan terus bersedia menelan biji-biji ubat yang lebih pahit daripada itu. Kerana itulah dapat kita lihat di dalam tafsir-tafsir Al-Kalbi dan ahli-ahli seerah yang terpedaya dengannya, bahawa Nur itu berpindah-pindah daripada Nabi Adam kepada Nabi Syith dan seterusnya kepada Abdul Mutalib. Selepas Abdul Mutalib Nur itu berpecah kepada dua, yang pertama pergi kepada Abdullah ayahanda Nabi kita Muhammad s.a.w., dan yang kedua pergi kepada Abdu Manaf atau Abu Talib iaitu ayah kepada Sayyidina Ali.

Kenyataan ini tersebut dalam kitab-kitab Syiah seperti “Ilaalu As Syarai”, jilid 1 mukasurat 159 karangan Ibn Babwaih dan “Khitabu Al Khisal”, jilid 1 mukasurat 189 oleh pengarang yang sama.

Daripada Abdullah, Nur itu diterima oleh Nabi kita, daripada Abdu Manaf ia diterima oleh Sayyidina Ali. Kerana itulah mereka memanggil Nabi sebagai “Imamul Anbiya” dan Sayyidina Ali sebagai “Imamul Auliya”.

Riwayat ini dengan terang menyatakan bahawa Sayyidina Ali mempunyai kesamaan darjat dengan Rasulullah s.a.w. Keistimewaan yang diperolehinya bukanlah melalui Nabi tetapi melalui kejadian semulajadinya. Kerana itulah Baqir Al Majlisi dalam “Jilaau Al ‘Uyun” meriwayatkan bahawa di hari pertama kelahirannya lagi Sayyidina Ali telah bercakap. Dia bertanya Nabi s.a.w., “Adakah engkau mengenali diriku?” Nabi s.a.w menjawab, “Ya”. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya Sayyidina Ali begitu juga dan Sayyidina Ali juga menjawab, “Ya”, hari ini dinamakan hari “Arfah” iaitu “Hari Perkenalan”.

Tujuan mereka mengadakan riwayat yang seperti ini ialah untuk mengemukakan jalan Wilayah dan Imamah yang beriringan dengan jalan Nubuwwah dan Risalah. Tidak hairanlah jika dilihat dalam silsilah-silsilah tarekat tasauf yang berusaha mendapatkan maqam kewalian, mempunyai perkaitan dan perhubungan dengan Sayyidina Ali. Semuanya berakhir dan berhenti silsilahnya pada Sayyidina Ali yang merupakan Imamul auliya’ seolah-olahnya tidak ada sahabat-sahabat yang lain yang menjadi jalan untuk sampai kepada maqam kewalian itu selain daripada Sayyidina Ali. Bukankah ini merupakan suatu kesan daripada memecahkan Nur Muhammad kepada Abdullah dan Abu Talib tadi?.

Ibn Saad, Thabarani, Abu Nu’aim, Bazzar dan lain-lain telah menukilkan satu riwayat ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud, “Dia melihat engkau ketika engkau berdiri dan berbolak balik di kalangan orang-orang yang sujud”, bahawa ayat ini bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w. dalam perpindahannya dalam sulbi para Nabi bermula daripada Adam sampailah kepada kemunculannya dilihat oleh Allah”, padahal “siaq” (ayat berikut) dan “sibaq” (ayat sebelum) ayat ini langsung tidak menyokong tafsiran yang dikemukakan malah riwayat ini adalah palsu kerana ia telah dinukilan oleh Al-Kalbi daripada Ibn Abbas, sedangkan anak-anak murid Ibn Abbas seperti Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain pula tidak mengemukakan tafsiran seperti ini bahkan mereka semua menyatakan, “Yang dimaksudkan dengan “berbolak balik engkau itu” ialah “qiam dan sujud engkau dalam sembahyang bersama sahabat”.

Selain dari itu dakwaan Nur Muhammad itu berpindah dari seorang nabi kepada seorang nabi yang lain terus menerus sampailah kepada Nabi Muhammad adalah sesuatu yang salah kerana berapa orangkah daripada anak cucu Nabi Ismail selain daripada Rasulullah s.a.w. yang telah dilantik menjadi Nabi?. Begitu juga berapa orangkah yang dilantik menjadi Nabi daripada anak cucu Nabi Nuh hingga kepada Nabi Ibrahim? Sebenarnya dakwaan ini tidak berasas sama sekali.

Kalau dimaksudkan perpindahan Nur Muhammad itu adalah di kalangan nenek moyang Nabi, maka itu bercanggah dengan kenyataan kerana ramai sekali di antara nenek moyang Nabi kita terdiri dari orang musyrik dan penyembah berhala dan inilah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Untuk menyembunyikan satu dusta kadang-kadang manusia itu terpaksa mengada-adakan sesuatu yang tiada atau terpaksa berdusta beratus-ratus kali. Oleh kerana Syiah telah menetapkan bahawa kesemua nenek moyang Rasulullah s.a.w. adalah berugama Islam, terpaksalah mereka mengada-adakan sekian banyak hadis palsu yang lain sepertimana dapat dilihat dalam hadis-hadis yang menyatakan perpindahan Nur Muhammad daripada seorang nabi kepada seorang nabi yang lain, dari Adam dan berakhir pada Abdul Mutalib, dari Abdul Mutalib itu Nur Muhammad tadi berpecah dua, satu pergi kepada Abdullah ayah Nabi kita dan satu lagi pergi kepada Abdu Manaf iaitu Abu Talib, ayah kepada Sayyidina Ali.

Tujuan mereka ialah ingin meletakkan Sayyidina Ali sejajar dengan Rasulullah s.a.w. dan tidak kurang daripada Nabi s.a.w. Kalau Nabi merupakan “Sayyidul Anbiya’” maka Sayyidina Ali pula merupakan “Imamul Auliya’”. Sementara Imam, Wali dan Wasi pula bagi mereka (golongan Syiah) adalah satu pangkat yang sebenarnya tidak kurang daripada pangkat kenabian kerana terdapat segala ciri kenabian padanya seperti dilantik oleh Allah; wajib ditaati, terpelihara daripada dosa-dosa, didatangi oleh malaikat yang lebih agung daripada Jibril dan Mikail, cuma ia tidak dinamakan “Nabi” sahaja. Dari sini dapat kita lihat bahawa kejadian Nur Muhammad itu bertitik tolak juga daripada ajaran Syiah.

Jika dilihat daripada konsep “Panjthan” oleh Syiah iaitu lima peribadi istimewa iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain, kita dapati bahawa konsep Nur Muhammad ini betul-betul berpunca daripada Syiah misalnya daripada satu riwayat Syiah yang diambil daripada Sayyidina Ali daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya, “Sesungguhnya aku dan Ahli Baitku merupakan Nur di hadapan Allah Tabarakwatala sebelum Dia menjadikan Adam selama 14,000 tahun” – “Al Ihtijaj”, jilid 1 muka surat 212 karangan At Thabarsi. Dalam satu riwayat yang lain disebutkan ”…7,000 tahun sebelum kejadian Adam” – Iiaau As Syara’, jilid 1 muka surat 208 karangan Ibn Babwaih. Dalam riwayat yang ketiga tersebut “Aku dan Ali diciptakan dalam satu nur 2,000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam” – (ibid) jilid 1 muka surat 134.

Sanggahan Terhadap Konsep Nur Muhammad

Sementara itu jika dilihat di dalam riwayat yang mula-mula dikemukakan dalam maqalah ini bahawa daripada Nur Muhammad dijadikan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, bagaimana ini boleh berlaku sedangkan dalam riwayat-riwayat Syiah semua ini tidak ada? Mungkin juga ada orang Ahlus Sunnah yang jahil telah berusaha menandingi riwayat yang direka oleh Syiah itu dengan mereka hadits Nur Muhammad yang berpecah kepada Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali untuk membuktikan bahawa mereka itu juga tidak kurang daripada Ali atau mungkin juga riwayat inipun direka oleh Syiah atas nama Ahlus Sunnah untuk menunjukkan bahawa ahlus sunnah juga tidak berbeza dengan mereka dalam konsep asal Nur Muhammad itu sendiri. Yakni Ahlus Sunnah juga menerima kewujudan Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama lahirnya daripada Tuhan seperti yang dipercayai oleh Syiah?.

  1. Nur Muhammad itu begitu istimewa sehingga diriwayatkan bahwa seramai 200 orang perempuan Bani Abdul Manaf dan Qabilah Makhzum telah mati kerana tergila-gilakan Abdullah ayahanda Nabi Muhammad saw. Mereka mati dalam keadaan membujang dan tidak ada seorangpun daripada perempuan Quraisy yang tidak jatuh sakit kerana kecewa tidak dapat menjadi isteri Abdullah. Yang menjadi persoalan kepada kita ialah, bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi mengemukakan senarai nama 200 orang daripada Bani Abdu Manaf dan Bani Makhzum yang dikatakan telah mati kerana tidak dapat menjadi isteri Abdullah.
  2. Atau, bolehkah mereka mengemukakan nama-nama hanya 10 orang perempuan Bani Makhzum dan Bani Abdu Manaf yang tidak berkahwin sepanjang hidupnya itu?.
  3. Kenapakah ramai anak-anak gadis dan perempuan daripada kedua-dua keluarga ini sahaja yang kecewa kerana tidak dapat berkahwin dengan Abdullah? Kenapa pula perempuan dari Bani Zuhrah, Bani Jumah, Bani Asad, Bani Khuwailid, Bani Taim, Bani Adiy dan Bani Ghalib tidak pula mengalami kekecewaan yang seperti itu?.
  4. Mungkin juga al-Walid bin Mughirah, Abu Jahal dan lain-lain memusuhi Nabi kerana membalas dendam di atas kematian ibu-ibu dan anak-anak gadis mereka yang telah terkorban kerana tidak terpilih sebagai isteri Abdullah!
  5. Salah seorang anak Abdul Manaf bernama Hasyim dan anak-anak cucu Hasyim dinamakan Bani Hasyim. Bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi menceritakan berapa ramaikah agaknya anak-anak gadis atau perempuan-perempuan daripada Bani Hasyim yang telah mati atau terus membujang kerana kecewa untuk menjadi isteri Abdullah?.
  6. Kalaulah diterima kisah itu maka ia bererti malam perkahwinan Abdullah dan Aminah merupakan malam perkabungan bagi penduduk Mekah! Agaknya mereka juga berkabung seperti orang-orang yang berkabung pada 10 Muharram dan menyatakan “tabarra” terhadap Abdullah. Apakah perkara ini sebenarnya boleh ditonjolkan sebagai keutamaan Nabi? Atau ia sebenarnya merupakan “tabarra” dalam bentuk yang sangat cantik terhadap Nabi dan ayahandanya Abdullah?.

Dalam riwayat-riwayat tersebut bahawa Nur Muhammad itu sampai kepada Abdul Mutalib ketika beliau sedang tidur di dalam Ka’bah pada waktu siang. Sebaik sahaja terjaga matanya kelihatan bercelak, rambutnya kelihatan berminyak, wajah dan tubuhnya kembali menjadi muda belia. Abdul Mutalib terkejut dengan keadaannya sendiri. Maka ia dibawa oleh ayahnya mengadap seorang tukang tenung dari kalangan Quraisy. Berkata tukang tenung itu, “Allah telah mengizinkan agar anak ini dikahwinkan”.

Nur Muhammad di dalam diri Abdul Mutalib telah menyebabkan tubuhnya wangi seperti kasturi. Apabila orang-orang Quraisy ditimpa kesusahan dan lain-lain mala petaka mereka menjadikan Nur Muhammad itu sebagai wasilahnya agar doa mereka diterima. Riwayat ini dikemukakan oleh Abu Saad Naisaburi (wafat 307H) di dalam kitab “Syarafu Al Mustaffa” melalui sanad Abu Bakar bin Abi Maryam daripada Ka’ab Al Ahbar seorang muallaf yang berasal Yahudi dari kalangan tabii.

Pertama sekali perlu dilihat bahawa silsilah riwayat ini terhenti pada seorang tabi’i, tidak tersebut pula sanad di atasnya. Walaupun Kaab Al Ahbar dianggap sebagai salah seorang yang terbaik di antara muallaf Yahudi namun Imam Bukhari mengatakan dia pembohong. Dialah yang merupakan punca dan sebab utama bagi riwayat-riwayat Israiliat yang ganjil dan pelik.

Sementara perawi di tengahnya ialah Abu Bakr bin Abi Maryam. Beliau dengan ittifaq tokoh-tokoh hadis merupakan seorang perawi yang dhaif. Kerana satu kemalangan yang menimpanya, fikirannya jadi celaru. Selain itu Ka’ab Al Ahbar telah mati di zaman Sayyidina Uthman yakni sebelum tahun 35H sedangkan Abu Bakr bin Abi Maryam pula wafat pada tahun 156H. Abu Bakr bin Abi Maryam adalah seorang ‘abid dan zahid. Walaubagaimanapun riwayat-riwayatnya tidak diterima oleh ulamak-ulamak hadis. Bagaimana ia boleh menerima sebarang riwayat daripada Ka’ab yang telah begitu lama meninggal sebelum daripadanya?.

Nama asal Abdul Mutalib ialah Syaibah. Ayahnya Hashim telah pergi ke Syam untuk tujuan perniagaan. Dalam perjalanan ia berhenti di Madinah. Di sana ia telah terpikat dengan seorang gadis bernama Salma dari Banu Najjar dan berkahwin dengannya. Setelah beberapa hari bersamanya Hasyim berangkat ke Syam dan semasa pulang dari Syam, Hasyim telah meninggal dunia dalam perjalanannya di Ghaza. Tetapi Salma sudahpun mengandung pada ketika itu. Bila ia melahirkan anak didapati rambut anaknya itu beruban, lalu diberi namanya ”Syaibah”. Ia dipelihara di Madinah selama 8 tahun. Apabila saudara Hasyim yang bernama Muttalib mendapat tahu ia terus pergi ke Madinah dan membawa pulang anak itu bersamanya ke Mekah. Oleh kerana anak itu dididik dan dipelihara oleh Muttalib, orang ramai mula memanggilnya dengan “Abdul Muttalib”.

Yang menjadi persoalannya ialah ayah Abdul Muttalib itu meninggal dunia sebelum kelahirannya lagi, adakah setelah mati selama 15 atau 16 tahun ayahnya hidup kembali untuk membawanya pergi bertemu dengan seorang tukang tenung Quraisy? Ini dengan jelas menunjukkan Ka’ab Al Ahbar itu adalah pendusta sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Bukhari, ia tidak mengetahui sejarah hidup orang Mekah atau mungkin juga kisah ini merupakan hasil fikiran Abu Bakr bin Maryam yang sudah bercelaru itu?.

Daripada kisah ini dapat diketahui beberapa perkara:

  1. Menjadikan Nur Muhammad sebagai wasilah itu sebenarnya sunnah orang-orang kafir Mekah.
  2. Nur Muhammad itu berpindah daripada seorang kepada seorang yang lain apabila ia menjadi remaja. Jangan-jangan “Nur keremajaan” itu pula yang dipercayai sebagai Nur Muhammad!.
  3. Orang-orang yang telah dipilih menerima Nur Muhammad dari satu generasi kepada satu generasi yang lain rupanya tidak berkahwin melainkan dengan kebenaran Allah dan cara untuk mengetahui keizinan Allah itu ialah dengan mengadu nasib kepada tukang tenung!

Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa bila Nur Muhammad itu bersinar-sinar di dahi Abdullah maka ia dikenali dan dicam oleh seorang tukang tenung perempuan. Dia mengajak Abdullah untuk tidur bersamanya dengan harapan Nur itu akan berpindah kepadanya. Tetapi bukan dia yang bertuah mendapatkan Nur itu kerana Abdullah enggan mengikutinya dan terus pulang ke rumah. Di rumahnya, ibunda Nabi s.a.w. telah dipilih Allah sebagai pewaris Nur Muhammad itu.

Setelah Nur Muhammad itu berpindah kepada Aminah, Abdullah datang semula kepada tukang tenung itu dan memintanya untuk bersama tetapi tukang tenung perempuan itu pula yang menolak dengan alasan “Nur yang berkilau di dahimu sebelum ini telahpun berpindah ke tempat lain. Riwayat ini dengan perincian dan lafaz yang berbeza-beza dikemukakan oleh Ibn Saad, Kharaiti, Ibn Asakir, Baihaqi dan Abu Nu’aim di dalam “Dalail” masing-masing.

Ibn Saad dalam “Tabaqat”nya telah mengemukakan riwayat ini melalui tiga jalan. Jalan yang pertama terdapat padanya Waqidi sebagai perawi yang pertama dan di dalam riwayat yang kedua terdapat Al Kalbi. Kedua-dua mereka ini terkenal sebagai pendusta. Sementara jalan riwayat yang ketiga pula berhenti pada Abu Yazid Al Madani seorang tabii, ertinya perawi sebelumnya tidak diketahui. Abu Yazid Al Madani ini walaupun telah ditausiqkan oleh sebahagian tokoh-tokoh hadis tetapi Syeikhul Kul di Madinah Imam Malik berkata, “Aku tidak mengenalinya” Abu Zurah pula berkata, “Saya tidak tahu tentangnya”.

Abu Nu’aim pula mengemukakan riwayat ini melalui empat jalan tetapi tidak ada satupun daripada sanad-sanadnya boleh diterima kerana di dalam sanad yang pertama terdapat Nadhar bin Salamah, Ahmad bin Muhammad dan Abdul Aziz bin Amar Az Zuhri. Ketiga-tiga mereka ini adalah orang yang tidak diterima oleh tokoh-tokoh ilmu rijal hadis.

Dalam sanad yang kedua terdapat Muslim bin Khalid Az Zinji dan dia dianggap sebagai perawi yang dhaif. Selainnya terdapat beberapa perawi yang “majhul” (tidak diketahui latar belakangnya).

Sanad yang ketiga pula terhenti pada Yazid bin Syihab Az Zuhri. Dia tidak menyatakan silsilah sanad sebelumnya dan keadaannya sendiripun tidak diketahui. Sanad Baihaqi tidak lain daripada sanad yang ketiga yang dikemukakan oleh Abu Nuaim tadi. Adapun sanad oleh Kharaaithi dan Ibn Asakir pula adalah sanad yang tidak muktabar.

Dalam kenyataan yang ringkas ini tidaklah penulis bercadang untuk memperincikan setiap perawi yang merupakan mata rantai sanad-sanad riwayat ini. Cukuplah dengan disebutkan bahawa perawinya adalah orang-orang yang tidak boleh diterima periwayatannya. Seterusnya apa yang perlu diteliti oleh kita ialah sudut dirayahnya yang secara terang-terang menunjukkan kepalsuannya kerana ia menunjukkan ayahanda Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai seorang yang bermata keranjang dan jahat. Apabila ia menyatakan bahawa kerana sesuatu sebab Abdullah telah menolak ajakan tukang tenung perempuan yang juga pelacur itu tetapi kemudiannya dia sendiri yang mencari perempuan itu untuk digaulinya, perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menentukan sama ada riwayat ini sebenarnya menyatakan kelebihan Nabi atau ia merupakan satu bentuk tabarra terhadap ayahanda Nabi s.a.w. dan menampilkannya sebaga seorang yang jahat?.

Kesimpulan:

Daripada perbincangan yang lalu dapat disimpulkan beberapa perkara:

  1. Hadis-hadis yang berhubung dengan Nur Muhammad tidak ada satupun yang sahih, bahkan tidak ada satupun yang dhaif.
  2. Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad sebagai kejadian yang pertama diciptakan bertentangan dengan hadis-hadis yang sahih yang menyatakan “arasy” dan “qalam” sebagai kejadian yang pertama.
  3. Kejadian manusia bukanlah daripada Nur seperti kejadian malaikat tetapi ia dijadikan daripada tanah.
  4. Ada beberapa hadis sahih yang menyatakan Nabi s.a.w. berdoa meminta supaya Allah menjadikannya Nur. Bermaksud: “Ya Allah! Jadikanlah aku Nur”. Apa ertinya Nabi meminta supaya dijadikannya cahaya kalau baginda sememangnya berasal daripada cahaya?
  5. Hadis-hadis tentang Nur Muhammad sebenarnya merupakan rekaan orang-orang Syiah sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas di dalam kitab-kitab mereka.
  6. Hadis tentang Nur Muhammad adalah direka untuk membuka jalan untuk diterima konsep “Nur Panjthan”.
  7. Perkataan “Nur” yang disandarkan kepada Nabi adalah dengan ertinya yang majazi (bahasa pinjaman) sebagaimana perkataan Nur juga secara majazi dipakai untuk ugama, Al Quran dan lain-lain.
  8. Hadits-hadits atau riwayat yang menceritakan tentang Nur Muhammad itu banyak juga menampilkan unsur-unsur “tabarra” (pernyataan rasa benci dan dendam kesumat) terhadap Nabi s.a.w. dan ayahandanya.
  9. Ia memuatkan banyak sekali peranan dan mitos daripada ugama dan budaya asing seperti Hindu dan lain-lain dalam memberi gambaran Nur Muhammad sebagai rupa burung merak dan lain-lain rupa menurut kepercayaan mereka tentang tanasukh, awagaman atau inkarnasi.
  10. Ia telah terbukti merupakan satu daripada beberapa faktor utama kesesatan golongan Barelwi, Ilmu Isi, Bathiniah dan lain-lain. Oleh yang demikian tidaklah wajar Nur Muhammad itu ditonjolkan sebagai suatu keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. malah sebaliknya kita ummat Islam semestinya menganggapnya sebagai satu penghinaan terhadap Nabi kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alam Ilmi

الجلوقى الأزهرى الكلنتانى الملايوى

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal MencerahHakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) – Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Nur Muhammad Menurut Al-Quran & Hadits

 

Nur Muhammad Menurut Al-Quran & Hadits

sumber : http://salafytobat.wordpress.com/2009/02/15/nur-muhammad-menurut-al-quran-hadits/

 

NUR MUHAMMAD MENURUT AL-QUR’AN & HADITS

 

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Nur Muhammad Menurut Al-qur’an & Hadits

Kitab “al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w.” (Ibnu Qudamah al-Maqdisy 509 H)

Imam ‘Abdur Rahman bin ‘Ali yang terkenal dengan nama Imam Ibnul Jawzi ulama besar bermazhab Hanbali yang dilahirkan pada tahun 509/510H di Baghdad. Beliau adalah pengarang dan daie yang terkenal yang banyak menyedarkan umat serta ramai yang memeluk Islam di tangannya. Beliau adalah guru kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisy yang masyhur itu.Tersebutlah dalam karya beliau yang berjodol “al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w.” akan kisah penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. yakni penciptaan benih asal jasad baginda s.a.w. Kisahnya adalah sebagai berikut:-

عن كعب الأحبار قال: لما أراد الله تعالى أن يخلق محمداً صلى الله عليه وسلم أمر جبريل عليه السلام أن يأتيه فأتاه بالقبضة البيضاء التي هي موضع قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم، فعجنت بماء التَّسْنيم، ثم غمست في أنهار الجنة، وطيف بها في السموات والأرض، فعرفت الملائكة محمداً وفَضْله قبل أن تعرف آدم، ثم كان نور محمد صلى الله عليه وسلم يُرى في غُرَّة جبهة آدم. وقيل له: يا آدم هذا سيد ولدك من الأنبياء والمرسلين.
فلما حملت حواء بشيت انتقل عن آدم إلى حواء، وكانت تلد في كل بطن ولدين إلا شيتاً، فإنها ولدته وحده، كرامة لمحمد صلى الله عليه وسلم. ثم لم يزل ينتقل من طاهر إلى طاهر إلى أن ولد صلى الله عليه وسلم.

Daripada Ka’ab al-Ahbar: ” Tatkala Allah ta’ala berkehendak untuk menciptakan Nabi Muhammad s.a.w., Dia memerintahkan Jibril a.s. untuk membawakan segenggam tanah putih yang merupakan tanah tempat Junjungan Nabi s.a.w. dimakamkan nanti. Maka diulilah tanah tersebut dengan air Tasniim (air syurga) lalu dicelupkan ke dalam sungai-sungai syurga. Setelah itu, dibawakan dia berkeliling ke serata langit dan bumi. Para malaikat pun mengenali Junjungan Nabi s.a.w. dan keutamaan baginda sebelum mereka mengenali Nabi Adam a.s. Ketika nur Junjungan Nabi s.a.w. kelihatan di kening dahi Nabi Adam a.s., dikatakan kepadanya: “Wahai Adam, inilah sayyid (penghulu) keturunanmu daripada para anbiya’ dan mursalin.
Tatkala Siti Hawa mengandungkan Nabi Syits berpindahlah Nur Muhammad tersebut kepada Siti Hawa. Siti Hawa yang biasanya melahirkan anak kembar setiap kali hamil, tetapi pada hamilnya ini dia hanya melahirkan seorang anak sahaja iaitu Nabi Syits kerana kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Maka sentiasalah berpindah-pindah Nur Muhammad daripada seorang yang suci kepada orang suci yang lain sehinggalah baginda dilahirkan.

 

Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’raawi dalam “Anta tas-al wal Islam yajib”

 

Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’raawi dalam “Anta tas-al wal Islam yajib” , cetakan Darul Muslim, Qahirah, tahun 1982 / 1402, juzuk 1, mukasurat 41 telah ditanya berhubung an-Nur al-Muhammadiy dan permulaan penciptaan. Soalannya lebih kurang:-

  • Telah warid dalam hadis: “Bahawa Jabir bin ‘Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: “Apa yang awal-awal diciptakan Allah ?”, lalu Junjungan bersabda:”Nur nabimu, wahai Jabir.” Bagaimana disesuaikan/diselarikan hadis ini dengan bahawa seawal makhluk itu Adam dan dia daripada tanah ?

Antara jawapan Syaikh Mutawalli:-

  • Daripada kesempurnaan yang mutlak dan dari segi tabi`ienya, bahawa Allah memulakan penciptaan dengan menciptakan makhluk yang tinggi, kemudian diambil daripadanya akan yang rendah. Tidaklah masuk akal, bahawa diciptakan bahan baku materi / material / unsur tanah (al-maadah ath-thiniyyah) dahulu kemudian baru Dia mencipta daripadanya Muhammad, kerana sesungguhnya insan yang paling tinggi adalah para rasul, dan yang tertinggi daripada mereka adalah Muhammad bin ‘Abdullah.
  • Oleh itu, tidak sah (dikatakan) bahawa diciptakan unsur materi kemudian diciptakan daripadanya Muhammad. Tak dapat tiada bahawa jadilah an-Nur al-Muhammadiy itulah yang wujud dahulu, dan daripada an-Nur al-Muhammadiy timbulnya segala sesuatu, danjadilah hadis Jabir itu benar……

Jelas daripada jawapan tersebut Syaikh Mutawalli asy-Sya’raawi termasuk ulama yang menerima kebenaran hadis Jabir r.a. Sebenarnya sandaran untuk konsep Nur Muhammad ini bukanlah hanya pada hadis Jabir ini sahaja, tetapi ada lagi hadis-hadis yang dijadikan sandaran. Silalah tuan-tuan rujuk segala kitab karangan ulama kita. Bahkan, jika ada pun yang menolak tsabitnya hadis Jabir, maka tidak bermakna mereka juga menolak konsep Nur Muhammad. Oleh itu selayaknya kita menghormati perbezaan pendapat dengan lapang dada tanpa saling tuduh – menuduh, kerana jari yang kau tuding itu mungkin mencucuk mata para ulama yang kita disuruh memuliakan mereka.

Syaikh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rhm. Dalam kitab “al-Fatawa al-Haditsiyyah” mukasurat 206

 

Ikhwah, aku nukilkan dari karangan-karangan al-Imam al-Faqih, Syaikhul Islam, pemuka ulama Syafi`i mutakhir, Mufti Makkah, sandaran umat, Shohibut Tohfah, Syaikh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rhm. Dalam kitab “al-Fatawa al-Haditsiyyah” mukasurat 206 dinyatakan:-

  • (Dan telah ditanyai) akan orang yang mudah-mudahan Allah memanfaatkan dengannya (yakni Syaikh Ibnu Hajar rhm.) mengenai hadis“Seawal-awal yang diciptakan Allah adalah ruhku dan alam keseluruhannya dicipta daripada nurku, setiap sesuatu kembali kepada asalnya”, siapakah perawinya ?
  • (Maka dijawab) dengan perkataannya:- “Aku tidak mengetahui sesiapa yang meriwayatkannya sedemikian. Dan bahawasanya yang diriwayatkan dia ‘Abdur Razzaq adalah bahawasanya Junjungan s.a.w. bersabda bahawa Allah telah mencipta nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya.”

Imam besar ini juga dalam syarahnya bagi kitab Syama-ilmenyatakan antara lain:-

  • ….Dan diriwayatkan ‘Abdur Razzaq dengan sanadnya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya (yakni nur yang dimiliki Allah) lalu dijadikan nur tersebut berputar dengan qudrahNya mengikut kehendak Allah dan belumlah ada pada waktu tersebut loh dan tidak ada qalam”,al-hadis dengan panjangnya (yakni hadis ini ada lagi sambungannya yang panjang………….Maka diketahui bahawasanya seawal-awal sesuatu yang dijadikan secara ithlaq ialah an-Nur al-Muhammadiy, kemudian air, kemudian arsy, kemudian qalam……….

Juga dalam mukhtasar beliau bagi kitab mawlidnya ‘an-Ni’matul Kubra ‘alal ‘alam bi mawlidi Sayyidi Waladi Adam”beliau menyatakan:-

  • Ketahuilah bahawa Allah ta`ala telah memuliakan nabiNya s.a.w. dengan terdahulu/terawal nubuwwah baginda pada azali lagi. Dan yang sedemikian itu adalah kerana apabila Allah ta`ala berkehendak untuk mewujudkan makhluk, diwujudkanNya (yakni diciptakanNya) al-Haqiqatul Muhammadiyyah dari semata-mata nur sebelum wujud apa-apa ciptaan dari segala makhluk, kemudian diambil daripadanya sekalian alam….

 

Nur Muhammad s.a.w. – 18

 

Ikhwah, meh kita tengok karangan Tuan Guru Haji Wan Mohd. Shaghir berhubung Nur Muhammad. Aku rekomenkan kat ikhwah agar cari buku “Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu” dan telaahlah dengan teliti. Tuan Guru bukan sahaja cerita pasal Nur Muhammad tetapi juga tentang Martabat Tujuh yang telah ditafsirkan secara songsang oleh geng sebelah. Aku kata jika Nur Muhammad dan Martabat Tujuh seperti apa yang ditafsirkan oleh Dr. Fattah dan geng-gengnya, maka itu memang songsang dan sesat, cuma masalahnya adakah tafsiran dan pemahaman Tuan Dr. tersebut menjadi pegangan para ulama kita ? Atau mereka mempunyai tafsiran yang jauh berbeza dari tafsiran geng-geng tersebut ? Kome kaji le bebetul ye. Seingat akulah, Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal pun ada risalah yang membahaskan pegangan atau tafsiran Nur Muhammad yang songsang yang difahami oleh segelintir golongan sesat. Tetapi ini tidak bererti Allahyarham Tuan Guru tersebut menolak konsep Nur Muhammad menurut tafsiran para ulama yang terkemuka. Contohnya mudah sahaja, jika kita tolak tafsiran atau pemahaman rigid puak Wahhabi terhadap Islam atau pemahaman puak Syiah mengenai Islam, bukan ertinya kita menolak Islam, kerana Islam itu bukan semata-mata apa yang ditafsirkan oleh geng anak Pak Wahhab tersebut atau geng Khomeini.

Berhubung Nur Muhammad, Tuan Guru Haji Wan Shaghir membahas dengan panjang lebar, kome carilah bukunya. Antara tulisannya pada halaman 45 – 46 :-

  • ….Beberapa orang ulama dunia Islam yang terkenal di antara mereka ada mencatat sanad yang di dalamnya terdapat nama Syeikh Ibnu Hajar al-’Asqalani. Sanad yang tersebut sampai kepada ‘Abdur Razzaq. Ada sanad ‘am mengenai beberapa bidang keilmuan, dan ada pula sanad khash tentang hadis, termasuk hadis Nur Muhammad. Di antara mereka yang mempunyai sanad kepada Syeikh Ibnu Hajar al-’Asqalani (wafat 852H/1448M) ialah: Syeikh Hasan al-Masyath, Saiyid ‘Ali al-Maliki, Syeikh Muhammad Mahfuzh bin ‘Abdullah at-Tarmasi (1285H/1868M – 1385H/1965M), Syeikh Muhammad Mukhtar bin ‘Atharid Bogor (1278H/1861M – 1374H/1954M), Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272H/1856M – 1325H/1908M), Saiyid Bakri bin Muhammad Zainal ‘Abidin Syatha, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan…..dan lain-lain.
  • Setelah melalui beberapa nama bertemu pada Syeikh ‘Abdullah asy-Syarqawi (1150H/1737M – 1227H/1821M), ia terima dari Syeikh Muhammad bin Salim al-Hifnawi/Hifni (Syaikhul Azhar 1173H/1715M – 1181H/1767M), ia terima dari ‘Abdul ‘Aziz az-Ziyadi, ia terima dari Syeikh Muhammad al-Babili, ia terima dari Syeikh Najamuddin Muhammad al-’Aithi, ia terima dari Qadhi Zakaria al-Anshari, ia terima dari Syeikh Ibnu Hajar al-’Asqalani (773H/1371M – 852H/1448M), ia terima dari Syeikh Abil Faraj ‘Abdur Rahman al-Ghazzi, ia terima dari Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabbus, ia terima dari Abi Hasan ‘Ali, ia terima dari Muhammad bin Nashir as-Salami, ia terima dari ‘Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mandah, ia terima dari Abil Fadhal Muhammad al-Kaukabi, ia terima dari Abil Qasim ath-Thabrani, ia terima dari Ya’qub Ishaq bin Ibrahim al-Mirwazi al-Hanzhali, ia terima dari ‘Abdur Razzaq bin Hammam bin Nafi dengan sanad sehingga sampai kepada Jabir bin ‘Abdullah.

Selain menjawab tuduhan puak-puak menentang kewujudan Nur Muhammad, Tuan Guru turut menyenaraikan beberapa nama ulama terkemuka yang membicarakan Nur Muhammad dalam karangan-karangan mereka, antaranya:-

  1. Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`;
  2. Syeikh ‘Abdullah ‘Arif;
  3. Imam as-Sayuthi;
  4. Imam al-Qasthalani;
  5. Imam al-Zarqani;
  6. Sayyidisy Syaikh Ja’far al-Barzanji;
  7. Syaikh Yusuf an-Nabhani;
  8. Syaikh Nawawi al-Bantani;
  9. Syaikh Nuruddin ar-Raniri;
  10. Syaikh ‘Abdur Rauf al-Fansuri / Singkel;
  11. Syaikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani;
  12. Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari;
  13. Syaikh Daud al-Fathani;
  14. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf bin ‘Abdul Halim Kelantan;
  15. ‘Allamah Abu ‘Abdullah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilisy;
  16. ‘Allamah Syaikh Muhammad Bashri al-Manzalawi;
  17. Sayyid Utsman bin ‘Abdullah BinYahya;
  18. Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani;
  19. Syaikh Zainal ‘Abidin al-Fathani, Tuan Minal;
  20. Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani;
  21. Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani;
  22. Syaikh ‘Abdul Hamid bin ‘Ali Kudus;

Bagi menutup tulisannya, Tuan Guru menyebut:-

  • Perlulah diperhatikan bahawa dari keterangan di atas terdapat tiga buah hadis dari tiga orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka ialah: Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib k.w.w.r.a. (wafat 40H/661M), ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a. (wafat 68H/687M) dan Jabir bin ‘Abdullah r.a. (wafat 78H/697M). Ada lagi beberapa hadis mengenai Nur Muhammad atau yang sama maksud dengannya, yang berasal dari sahabat yang lain, di antaranya, yang berasal dari: Salman al-Farsi r.a., Abu Zar al-Ghifari r.a., dll, termasuk juga Abu Hurairah r.a.
  • Oleh itu teori para pengkritik hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, dengan tuduhan melulu dan berbagai-bagai adalah teori yang bersifat khayal.
  • Di antara mereka ada yang mengkhayal bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin Syi`ah, golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari Mazhab Syi`ah atau hidup dilingkungan mazhab itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
  • Yang lain mengkhayal pula, bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal ajaran Greek ajaran Platonisme, sama dengan yang di atas golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari ajaran Greek-Platonisme atau hidup dilingkungan itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
  • Yang lain mengkhayal pula hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal dari ajaran trinitas dalam Kristian.
  • Yang lain pula mengkhayal berasal dari ajaran al-Hallaj, yang lain pula mengkhayal berasal dari Abi Yazid al-Bisthami, dll.
  • Di antara mereka ada menganggap bahawa hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, adalah hadis maudhu`(hadis palsu). Penilaian mereka juga tidak sepakat atau tidak sependapat kerana selain yang berpendapat hadis maudhu`, dari golongan mereka pula ada yang berpendapat hadis dhaif, dan lain-lain. Sudah maklum bahawa pengertian atau takrif hadis maudhu` dengan hadis dhaif adalah tidak sama. Sesuatu penilaian yang bersifat teori maka bukanlah merupakan hujah atau hukum qath`ie, apatah lagi jika masih terdapat pertentangan atau kontroversi antara yang satu dengan yang lainnya.
  • Oleh itu sekian banyak kitab yang dikarang oleh sekian ramai ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah yang membicarakan hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, perlu mendapat pembelaan.

Allahumma sholli wa sallim ‘ala Nuril Anwar.

 

Quthubul Habib ‘Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi rhm. dalam mawlidnya “Simthud Durar”

 

Quthubul Habib ‘Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi rhm. dalam mawlidnya“Simthud Durar” menulis antara lain:-

  • ……Telah sampai kepada kami dalamhadits-hadits yang masyhur, bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan dalam pribadi ini (yakni Junjungan Nabi s.a.w.). Maka nur insan tercinta inilah makhluk pertama muncul di alam semesta, daripadanya bercabang seluruh wujud ini, ciptaan demi ciptaan, yang baru datangnya ataupun yang sebelumnya (yang yang terlebih dahulu datangnya dari yang kemudian).
  • Sebagaimana diriwayatkanAbdur Razzaaqdengan sanadnya sampai kepada Jaabir bin ‘Abdullah al-Anshaari (semoga ridha Allah atas keduanya): “Bahawasanya ia pernah bertanya: “Demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah, Beritahukanlah kepadaku tentang suatu yang dicipta Allah sebelum segalanya yang lain (yakni sebelum segala makhluk yang lain). Jawab baginda: “Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur nabimu Muhammad s.a.w. dari nurNya sebelum sesuatu yang lain.”

Ikhwah, jika dikatakan bahawa Allah menciptakan nur Muhammad ini daripada nurNya, maka yang dimaksudkan di sini adalah nur yang menjadi milik Allah, bukannya sebahagian daripada zat Allah yang Maha Suci dan Maha Esa daripada berjuzuk-juzuk dan berpisah-pisah. Inilah yang dikatakan idhafah tasyrifiyyah iaitu suatu sandaran untuk memuliakan sesuatu. Sama seperti kita sandarkan bait (rumah) kepada Allah seperti BaitUllah (rumah Allah) atau ka’baatUllah (ka’bah Allah) dan sebagainya. Sebahagian golongan tersesat kerana beranggapan bahawa nur Muhammad ini asalnya adalah sebahagian dari zat Allah kerana beranggapan bahawa nur itu adalah sebahagian daripada zat Allah. Ini menjadikan pegangan mereka seumpama pegangan nasrani terhadap ketuhanan Nabi Isa a.s. Jelas ini bukanlah pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kita berpegang bahawa Nur Muhammad ini adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak lebih daripada itu walau betapa hebat dan agungnya ciptaan ini.

Apa yang jelas, para ulama daripada kalangan habaib Bani ‘Alawi pada umumnya menerima dan berpegang dengan hadits tersebut sebagaimana termaktub dalam karya Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi yang termasyhur “Simthud Durar” yang menyatakan sebagai berikut:-

 ”Sabilul Iddikar wal I’tibaar” karangan Imam al-Haddad 
Posting kali ini aku hendak memperkenalkan ikhwah kepada karangan Imam al-Haddad yang masyhur dengan jodol “Sabilul Iddikar wal I’tibaar“. Satu karangan yang cukup bernilai. Karangan yang membicarakan dan memperjelaskan mengenai fasa-fasa kehidupan yang telah dan akan dilalui oleh seseorang insan bermula di alam arwah sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s. sehinggalah ke kehidupan yang kekal abadi di Syurga atau di neraka (moga-moga Allah jadikan kita sekalian dan ibubapa kita dari kalangan ahli syurga dan bukannya ahli neraka, aaaamiiin). Kitab ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh almarhum Habib Ahmad BinSemait rhm. dengan jodol “Peringatan Tentang Umur Insan” dalam edisi Rumi dan Jawi. Juga diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Dr. Mostafa al-Badawi (murid Habib Ahmad Masyhur al-Haddad rhm.) dengan jodol “The Lives of Man“.

Di sini aku nak nukilkan sedikit tulisan Imam ini berhubung Nur Muhammad s.a.w., di mana dinyatakan pada halaman 16:

 

Dan telah diriwayat bahawasanya Nabi Adam a.s. pernah mendengar Nur Junjungan Rasulullah s.a.w. bertasbih di tulang belakangnya (di sulbinya yakni pada ketika itu Nur Muhammad atau roh Junjungan Nabi s.a.w. berada dalam sulbi Nabi Adam a.s.) seperti bunyi kibasan burung. Maka tatkala Siti Hawa mengandungkan puteranya Nabi Syits alaihimas salam, nur itu berpindah kepada Siti Hawa, kemudian kepada Nabi Syits a.s. pula. Kemudian berterusan nur tersebut berpindah-pindah kepada sulbi-sulbi yang suci dan rahim-rahim yang cemerlang, sehingga lahir Junjungan Rasulullah s.a.w. daripada (pernikahan) kedua ibubapa baginda yang mulia. Tidaklah pernah terkena Junjungan Rasulullah s.a.w. akan sesuatu kekotoran jahiliyyah dan kekejiannya, walaupun ketika itu berlaku pada kalangan mereka (yakni kalangan umat-umat terdahulu) pernikahan-pernikahan yang dianggap batil, maka Allah telah mensucikan baginda daripadanya, sebagaimana disabdakan baginda ‘alaihis sholatu was salam: “Aku dilahirkan daripada nikah dan bukan daripada perzinaan.”

 

Sayyidina Ibnu ‘Abbas r.’anhuma dalam mentafsirkan firman Allah ta`ala:

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ menyatakan bahawa maksud ayat tersebut ialah berpindah-pindahnya (nur/ruh) Junjungan Nabi ‘alaihis sholatu was salam daripada sulbi seorang nabi kepada nabi yang lain seperti Nabi Ismail, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Syits dan Nabi Adam ‘alaihimus salam. Dalam hal ini (yakni dalam hal berpindah-pindahnya nur/roh Junjungan Nabi s.a.w. daripada sulbi seorang nabi kepada sulbi nabi yang lain) tidaklah ada khilaf padanya.

 

kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah”

Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:

 

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi” (hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal. 4)

Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahwa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5).

Beliau menyebut hadith qudsi ( كنت كنزا مخفيا فأحببت أن أعرف فخلقت الخلق لاعرف )

Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)

Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w. أول ما خلق الله تعالى نورى وفى رواية روحى

Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi: خلقت

الاشياء لاجلك وخلقتك لاجلى

Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal. 6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.

Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha’, sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.

Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.

Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji”. Dalam mensyarahkan kata-kata dalam “al-Barzanji” hal. 2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud “Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”) yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun.

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya: “Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah, kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam … selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’ maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka…

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, … umat nabi Musa …, umat Nabi ‘Isa …, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., … kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa’, kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).

Perbincangan tentang konsep Nur Muhammad:

Konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur’an dan Sunnah.

Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud “Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (Al Quran 5:15).

Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah “rasulullah s.a.w.”.

“قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّه نُور” هُوَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “وَكِتَاب” قُرْآن “مُبِين” بَيِّن ظَاهِر

Dalam “Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini:

” قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّه نُور ” أَيْ ضِيَاء ; قِيلَ : الْإِسْلَام , وَقِيلَ : مُحَمَّد عَلَيْهِ السَّلَام ; عَنْ الزَّجَّاج .

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an.

Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur”: telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

قَدْ جَاءَكُمْ يَا أَهْل التَّوْرَاة وَالْإِنْجِيل مِنْ اللَّه نُور , يَعْنِي بِالنُّورِ مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , الَّذِي أَنَارَ اللَّه بِهِ الْحَقّ , وَأَظْهَرَ بِهِ الْإِسْلَام , وَمَحَقَ بِهِ الشِّرْك

Dalam “Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan

قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ ” يَقُول تَعَالَى مُخْبِرًا عَنْ نَفْسِهِ الْكَرِيمَةِ أَنَّهُ قَدْ أَرْسَلَ رَسُوله مُحَمَّدًا بِالْهُدَى وَدِين الْحَقّ إِلَى جَمِيع أَهْل الْأَرْض

 

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.

Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan:

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

وَقَوْله تَعَالَى ” وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ ” قَالَ قَتَادَة ” الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ ” قَالَ فِي الصَّلَاة يَرَاك وَحْدك وَيَرَاك فِي الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَة وَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرَى مِنْ خَلْفه كَمَا يَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد لِهَذَا مَا صَحَّ فِي الْحَدِيث ” سَوُّوا صُفُوفكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي ” وَرَوَى الْبَزَّار وَابْن أَبِي حَاتِم مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُ قَالَ فِي هَذِهِ الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْب نَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا .

Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud. Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah. Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang Baginda sebagaimana ia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi.

Dalam Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan dengan ayat 5:15, kenyataannya ialah seperti berikut:

(Berkenaan dengan ayat yang bermaksud: “Telah datang kepada dari Allah nur dan kitab yang nyata”)-nur yang agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi yang terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang kepada pendapat ini, juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh (daripada kebenaran) pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga) ialah nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘ataf yang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu nur dan kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi, kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak bahawa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam (iaitu Nabi Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya, maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Tidaklah Kami mengutus engkau wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut:

Hakikat keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya adalah dengan mengambil kira Baginda sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat) daripada permulaan lagi; kerana itulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula sekali dijadikan Allah; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah taala Maha pemberi dan aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim).

Dalam “Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang ayat yang bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang nyata” (15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur (yang agung), nur dari segala nur, dan nabi yang terpilih-salla’llahu ‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa yang terkenal itu) memilih pendapat ini…Dan pada sisiku tidak jauh (dari kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya merujuk kepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yang digunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I (ulama Mu’tazilah yang terkenal itu) (pada al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab itu merujuk kepada Qur’an , adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.), dan mungkin anda merasa teragak-agak untuk menerima pendapat ini dari segi ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak boleh menerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima dari segi isayaratnya)…” (ibid. III. 369).

Dalam kitab yang sama, (Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya: “Hakikat keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangt wujud (“lil-jami’”) itu ialah dengan iktibar bahawa Baginda adalah penengah –wasitah- bagi limpahan rahm at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”) atas sekelian makhluk (“al-mumkinat”) dari awalnya, dan itu ialah kerana nur Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal; maka dalam hadith dinyatakan “perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau wahai Jabir…” dan datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah – Allah menyucikan asrar mereka – ada terdapat huraian berkenaan dengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada ini.”

Kemudian al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya “Miftah al-sa’adah”. Katanya “Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan, dan manusia akan berkedudukan seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang setengahnya berseteru dengan yang lainnya.

Maka setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesan nubuwwah, dan tiap-tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yang akan berlaku adalah dengan sebab terselindungnya kesan nubuwwah dan pengarjian tentangnya. Maka alam ini adalah seumpamna jasad dan rohnya ialah nubuwwah, maka tanpa rohnya jasad itu tidak akan ada dokongannya; kerana itu (bila tidak ada langsung kesan nubuwwah dan pengajiannya) buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di atasnya akan binasa, maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesan nubuwwah (iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”. juz 9, hal. 100).

Dalam kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu di kalangan mereka yang sujud” (al-Shu’ara 217-219), selain daripada maksud bahawa nabi beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, dengan da’wahnya dan lainnya, pengarang “Ruh al-Ma’ani” (jilid X.hal.135) menerangkan bahawa: “dan daripada ibn Jubair bahawa maksud mereka itu ialah para anbia ‘a.s.s., dan makna “melihat gerak-geri engkau sebagaimana gerak-geri mereka yang selain daripada engkau dari kalangan para anbia ‘a.s. dalam mereka menyampaikan apa yang diperintahkan kepada mereka, sebagaimana yang kamu lihat”, dan tafsir tentang “mereka yang sujud” itu para anbia, diriwayatkan oleh satu jemaah, antara mereka ialah Tabarani, al-Bazzar, dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas juga , melainkan bahawa beliau itu –Allah meredhainya- menafsirkan “gerak-geri engkau di kalangan mereka” itu sebagai bermakna berpindah-pindahnya Baginda (sebagai Nur Muhammad-UEM) dalam sulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –alaihis-salatu wassalam- …’(ibid.X.135)

Dalam Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-Imam Abul-Hasan ‘Ali bin Ahmad al-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang bermaksud Telah datang kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitab yang nyata, katanya nur ya’ni Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan Kitab yang nyata ya’ni Qur’an …(Jilid II hal.196.

Demikian juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzil al-Musamma Mirah Labid li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau ulama Nusan tara, dari Bentan yang terkenal dalam abad ke-19) – di tepinya Tafsir al-Wajiz karangan al-Wahidi- jilid II hal. 196 ada dinyatakan:

Ayat yang bermaksud Telah datang (…dari Allah kepada kamu nur) yaitu Rasul iaitu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (dan Kitab yang nyata) iaitu Qur’an…

Dan dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud: dan pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud, yaitu Ia melihat gerak-geri kamu dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan sujud serta duduk bersama-sama mereka yang semb ahyang bila engkau menjadi imam dalam berjemaah dengan mereka, dan dikatakan dan Ia melihat engkau berpindah –pindah dalam sulbi para mu’minin dan mu’minat, semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada ‘Abdullah dan Aminah; maka semua nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam lelaki dan perempuan, tidak termasuk syirik ke dalamdiri mereka kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi) dalam lelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu) daripadanya kepada orang yang kemudiannya, maka m ungkin orang itu menyembah yang selain daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim) tidak menyembah berhala melainkan selepas berpindah Nur itu kepada Ibrahim, adapun sebelum berpindahnya (kepada Ibrahim) ia tidak menyembah selain dari Allah…(ibid.II.119).

Hadith berkenaan dengan Nur:

Tentang hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah:

Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):

(827 – أول ما خلق اللهُ نورُ نبِيكِ يا جابر – الحديث

رواه عبد الرزاق بسنده عن جابر بن عبد الله بلفظ قال قلت‏:‏ يا رسول الله، بأبي أنت وأمي، أخبرني عن أول شيء خلقه الله قبل الأشياء‏.‏ قال‏:‏ يا جابر، إن الله تعالى خلق قبل الأشياء نور نبيك من نوره، فجعل ذلك النور يدور بالقُدرة حيث شاء الله، ولم يكن في ذلك الوقت لوح ولا قلم ولا جنة ولا نار ولا ملك ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا جِنِّيٌ ولا إنسي، فلما أراد الله أن يخلق الخلق قسم ذلك النور أربعة أجزاء‏:‏ فخلق من الجزء الأول القلم، ومن الثاني اللوح، ومن الثالث العرش، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء، فخلق من الجزء الأول حَمَلَة العرش، ومن الثاني الكرسي، ومن الثالث باقي الملائكة، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء‏:‏ فخلق من الأول السماوات، ومن الثاني الأرضين، ومن الثالث الجنة والنار، ثم قسم الرابع أربعة أجزاء، فخلق من الأول نور أبصار المؤمنين، ومن الثاني نور قلوبهم وهى المعرفة بالله، ومن الثالث نور إنسهم وهو التوحيد لا إله إلا الله محمد رسول الله‏.‏ الحديث‏.‏ كذا في المواهب‏.‏(

Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada NurNya, kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arash, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi, maka daripada juzu’ yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian: yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib” (iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).

Dan seterusnya:

وقال فيها أيضا‏:‏ واختُلِف هل القلم أول المخلوقات بعد النور المحمدي أم لا‏؟‏ فقال الحافظ أبو يعلى الهمداني‏:‏ الأصح أن العرش قبل القلم، لِما ثبت في الصحيح عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ قدر الله مقادير الخلق قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة، وكان عرشه على الماء، فهذا صريح في أن التقدير وقع بعد خلق العرش، والتقدير وقع عند أول خلق القلم، فحديث عبادة بن الصامت مرفوعا ‏”‏أول ما خلق الله القلم، فقال له أكتب، فقال رب وما أكتب‏؟‏ قال أكتب مقادير كل شيء‏”‏ رواه أحمد والترمذي وصححه‏.‏

وروى أحمد والترمذي وصححه أيضا من حديث أبي رزين العقيلي مرفوعا‏:‏ إن الماء خلق قبل العرش‏.‏

وروى السدي بأسانيد متعددة إن الله لم يخلق شيئا مما خلق قبل الماء، فيجمع بينه وبين ما قبله بأن أولية القلم بالنسبة إلى ما عدا النور النبوي المحمدي والماء والعرش انتهى

Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah Qalam makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak? Al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani: yang asah ialah ‘Arash sebelum daripada Qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya: Sabda Rasulullah s.a.w: Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arashnya atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arash; takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ubadah bin al-samit, marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arash”.

Dan al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan antara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan Qalam dalam hubungan dengan yang selain daripada Nur Muhammad, Air, dan ‘Arasy.Habis.

Dan yang menyebut kejadian yang pertama itu “al-Qalam” ialah:

824– أول ما خلق الله القلم‏.‏

رواه أحمد والترمذي وصححه عن عبادة بن الصامت مرفوعا بزيادة فقال له أكتب، قال رب وما أكتب‏؟‏ قال أكتب مقادير كل شيء،

قال ابن حجر في الفتاوى الحديثية قد ورد أي هذا الحديث بل صح من طرق، وفي رواية إن الله خلق العرش فاستوى عليه، ثم خلق القلم فأمره أن يجري بإذنه، فقال يا رب بم أجري‏؟‏ قال بما أنا خالق وكائن في خلقي من قطر أو نبات أو نفس أو أثر أو رزق أو أجل، فجرى القلم بما هو كائن إلى يوم القيامة، ورجاله ثقات إلا الضحاك بن مزاحم فوثقه ابن حبان وقال لم يسمع من ابن عباس، وضعفه جماعة، وجاء عن ابن عباس رضي الله عنهما موقوفا عليه‏:‏ إن أول شيء خلقه الله القلم، فأمره أن يكتب كل شيء ورجاله ثقات،

وفي رواية لابن عساكر مرفوعة إن أول شيء خلقه الله القلم، ثم خلق النون، وهي الدواة، ثم قال له اكتب ما يكون أو ما هو كائن – الحديث

وروى ابن جرير أنه صلى الله عليه وسلم قال ‏{‏ن ‏(‏في الأصل ‏(‏نون‏)‏ مكان ‏(‏ن‏)‏‏)‏ والقلم وما يسطرون‏}‏ قال لوح من نور، وقلم من نور، يجري بما هو كائن إلى يوم القيامة انتهى

Perkara terawal dijadikan Allah ialah Qalam.

Riwayat Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih, dari ‘Ubadah bin al-samit, marfu’, dengan tambahan, Ia berfirman: “Tulislah”, kata (Qalam)”Apakah yang hamba (akan) tulis?” FirmanNya: “Tulislah takdir segala sesuatu”.

Kata ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah”: “Datang riwayat, iaitu hadith ini, bahkan ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalam riwayat” Allah menjadikan ‘Arasy kemudian Ia beristiwa atasnya, kemudian Ia menjadikan Qalam, kemudian Ia memerintah supaya menulis dengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya: tentang apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam makhlukKu, terdiri daripada titik hujan, tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau ajal; maka Qalampun menulis tentang apa yang ada sampai ke Hari Kiamat. Rijalnya atau periwayatnya adalah mereka yang dipercayai (rijaluhu thiqat), melainkan Qahhak bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya boleh dipercayai, katanya ia tidak mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satu kelumpuk menganggapnya dhaif; dan datang riwayat daripada ibn ‘Abbas –Allah meredhai keduanya-maukuf atasnya: Perkara awal yang dijadikanNya Qalam, kemudian Ia menyuruhynya menulis; para periwayatnya boleh dipercayai (rijaluhu thiqat).

Dan dalam riwayat ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkarea awal yang dijadikan Allah ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, Tulislah, apa yang akan ada dan yang ada.

Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

Nun, Demi Qalam dan apa yang mereka tulis katanya: Lauh daripada nur, Qalam daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat. Seterusnya dalam teks yang sama ada riwayat seperti berikut:

وفى النجم روى الحكيم الترمذي عن أبي هريرة أن أول شيء خلق الله القلم، ثم خلق النون وهي الدواة، ثم قال له أكتب، قال وما أكتب، قال أكتب ما كان وما هو كائن إلى يوم القيامة وذلك قوله تعالى ‏{‏ن والقلم وما يسطرون‏}‏ ثم ختم على فم القلم فلم ينطق ولا ينطق إلى يوم القيامة، ثم خلق الله العقل، فقال وعزتي وجلالي لأكْمِلَنَّكَ فيمَن أحببتُ، ولأنْقُصَنَّكَ فيمن أبغضت، وقال اللقاني ‏(‏في الأصل ‏(‏اللاقاني‏)‏‏)‏ في شرح جوهرته‏:‏ القلم جسم نوراني خلقه الله، وأمره بِكَتْبِ ما كان وما يكون إلى يوم القيامة، وتمسك عن الجزم بتعيين حقيقته، وفي بعض الآثار أول شيء خلقه الله القلم، وأمره أن يكتب كل شيء، وفي بعضها إن الله خلق اليراع، وهو القصب ثم خلق منه

القلم، وفي رواية أول شيء كتبه القلم أنا التواب أتوب على من تاب انتهى‏.‏

Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hjurairah, bahawa “Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat, kemudian firmanNya; Tulislah, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya: Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat. Itulah firmannya: Nun. Demi Qalam dan apa yang mereka tulis. Kemudian dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata sampai Kiamat. Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam kalangan yang aku kasihi. Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka yang aku murkai.

Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada nur), yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan hakikatnya; dalam setengah athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian diperintahnya menulis tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan daripadanya Qalam. Dalam satu riwayat perkara awal yang ditulisman oleh Qalam ialah ‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang bertaubat’. Habis.(al-‘Ajluni, dalam “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas…”, http://www.alelman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=143&CID=22#s1)

Dalam Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’, no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, terdapat kenyataan:

194-أول ما خلق اللّه

– ذكر الأمير في مبحث الوجود من حواشيه على جوهرة اللقاني أنها متواترة‏.‏

‏(‏قلت‏)‏ ورد في بعض الأحاديث أن أول ما خلق اللّه ‏(‏1‏)‏ النور المحمدي وفي بعضها ‏(‏2‏)‏ العرش في بعضها ‏(‏3‏)‏ البراع أي القصب وصح حديث أول ما خلق اللّه ‏(‏4‏)‏ القلم وفي غيره أول ما خلق اللّه ‏(‏5‏)‏ اللوح المحفوظ وجاء بأسانيد متعددة ‏(‏6‏)‏ أن الماء لم يخلق قبله شيء وفي بعض الأخبار ‏(‏7‏)‏ أن أول مخلوق الروح وفي بعضها ‏(‏8‏)‏ العقل إلا أن حديث العقل فيه كلام لأئمة الحديث بعضهم يقول هو موضوع وبعضهم ضعيف فقط*

وأجيب عن التعارض الواقع فيها بأن أولية النور المحمدي حقيقية وغيره إضافية نسبية وأن كل واحد خلق قبل ما هو من جنسه فالعرش

Al-Amir dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah al-Laqqani”, bahawa hadith tentang itu mutawatir. Pengarang itu menyatakan bahawa ia berkata);

Datang riwayat dalam setengah hadith tentang perkara awal yang dijadikan itu (1) Nur Muhammad, dalam setengahynya (2) ‘Arasy, dalam setengahnya pula (3) “al-yara” iaitu qasab, Batang, dan sah hadith tentang perkara awal yang dijadikan Allah Qalam, dalam yang lain dinyatakan awal yang dijadikan Allah (4) Qalam, dalam yang lain pula awal dijadikanNya ialah (5) alo-lauh al-mahfuz, dan datang dalam berbilang sanad bahawa ia (6) Air, dan tidak dijadikan sesuatu sebelum daripadanya; dalam setengah riwayat (al-akhbar) ia (7) awal makhluk ialah ruh, dalam setengahnya (8) ‘Akal, melainkan hadith tentang akal di dalamnya ada kenyataan para imam hadith, setengahnya menyatakan maudhu’, setengahnya menyatakan daif sahaja.

Katanya: boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya) dijadikan sebelum daripada yang terdiri daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal sebelum daripada jisim-jisim yang halus (latif), ‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan (nabatiah), demikianlah. Allah Maha Mengetahui. (Dari “Nazm al-Mutanathir min al-hadith al-Mutawatir”, dari kitab al-iman sampai kepada kitab al-manaqib, -491 dalam http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=144&CID=10#s7 )

Dalam “Al-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah” (2 jilid), karangan Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastallani (men.923 Hijrah), dalam jilid pertama halaman 5 terdapat kenyataan:

Ketahuilah wahai pembaca yang mempunyai akal yang sejahtera dan yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kelengkapan – mudah-mudahan Allah memberi taufik kepadaku dan kepada anda-dengan hidayah kepada Jalan Yang Lurus bahawa sesungguhnya bila berlakulah (lit. bergantunglah) Iradat Allah taala untuk mengadakan makhluknya dan menentukan rezekinya, maka Ia menzahirkan hakikat Muhammadiyyah daripada Nur-Nur Samadiyyah dalam hadhrat Ahadiyah(Nya), kemudian Ia menjadikan alam-alam, semua sekali, alam tingginya dan alam rendahnya dalam rupa bentuk hukumNya sebagaimana yang telah terdahulu ada dalam IradatNya dan IlmuNya yang terdahulu (dari Azali lagi), kemudian Ia mem beritahu tentang kenabiannya dan berita baiknya dengan kerasulannya ini, walhal Adam masih belum ada, sebagaimana yang dinyatakannya bahada Adam adalah antara ruh dan jasad.

Kemudian terpancarlah daripadanya –salla’Llahu ‘alaihi wa sallam- ‘ain sekelian arwah, maka zahirlah Al-Mala’ al-A’la dengan mazhar yuang paling hebat, maka bagi mereka itu ada jalan yang paling manis, ia salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, jenis tinggi, mengatasi segala jenis makhluk, ia Bapa Teragung bagi sekelian yang maujud dan manusia (sekelian).

Maka bila habislah masa dengan nama batinnya, dalam hubungan dengan hak salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (untuk) wujud dalam rupa jisimnya, dan berkaikt ruh dengan jasadnya, berpindahlah hukum zaman kepada nama zahirnya, maka zahirlah Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan jasad dan ruhnya walaupun terkemudian jasadnya (zahir) anda mengetahui tentang nilainya, (iaitu) ia adalah khizanah atau perbendahraan rahasia dan pusat berlakunya perintah; maka tidak lulus perintah melainkan daripadanya; tidak berpindah kebaikan melainkan daripadanya…Dikeluarkan riwayat hadith oleh Imam Muslim dalam kitab ‘Sahih’nya dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan ‘ArasyNya di atas air

…Dan dari “Irbad bin Sariyah dari Nabi s.a.w. ‘Sesungguhnya aku di sisi Allah sebagai khatam al-Nabiyyin-penutup sekelian nabi-walhal Adam masih terbujur dalam tanahnya (sebelum roh ditiupkan ke dalamnya);’ riwayat Ahmad dan Baihaqi serta al-Hakim. Kata al-Hakim isnadnya sahih.

Seterusnya kata beliau: Dari Maisarah al-Dabbi katanya, bahawa katanya: ‘Aku berkata, wahai rasulul.lah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? jawabnya s.a.w. bersabda: ‘Waktu Adam masih antara ruh dan jasad.’ Ini lafaz riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam ‘; Tarikh’nya serta Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah”, al-Hakim menyatakan ia sahih.

Selepas menyebut beberapa hadith lagi berkenaan dengan tajuk ini, Qastallani memberi huraian berkenaan dengan maksud hadith-hadith itu katanya:

Maka boleh diihtimalkan hadith itu (tentang Nabi Muhammad sudah nabi walhal Adam masih antara roh dan jasad) serta dengan riwayat al-‘Irbad bin Sariyah tentangt wajibnya kenabian bagi Baginda dan sabitnya, kemudian zahirnya pula ke alam nyata. Sesungguhnya penulisan (al-kitabah) digunakan dalam sesuatu yang wajib; firman Allah ta’ala (maksud)’Diwajibkan atas kamu (lit. dituliskan) puasa ‘ dan ‘Allah mewajibkan (lit. Allah menulis) bahawa Aku akan benar-benar mengatasi’. Dan dalam hadith dari Abu Hurairah (dinyatakan) bahawa mereka (iaitu para Sahabat) bertanya bilakah diwajibkan kenabian bagi tuan hamba? Baginda menjawab: ‘(Waktu) Adam masih antara roh dan jasad’. Riwayat Tirmidhi, katanya hadith hasan sahih.

Kemudian Qastallani menyebut riwayat dalam ‘Amali ibn Sahalal-Qattan’ dari Sahal ibn Salih al-Hamadhani katanya: Aku bertanya kepada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali bagaimana nabi Muhammad menjadi nabi yang mendahului para anbia walhal Baginda terakhir dibangkitkan. Kata beliau: ‘Sesungguhnya Allah ta’ala –bila Ia mengambil dari anak Adam dari zuriat mereka dari belakang merekadan menjadikan mereka menjadi saksi atas diri mereka, ‘Tidakkah Aku Tuhan kamu?’ adalah nabi Muhammad orang yang pertama yang mengatakan ‘Ya, ‘ kerana itu Baginda menjadi terdahulu dari sekelian anbia walhal ia terakhir dibangkitkan (dalam sejarah dunia). Kalau anda berkata: ‘Nubuwwah adalah satu sifat yang mesti ada orang yang disifatkan itu, walhal sesungguhnya beliau itu ada hanya selepas sampai umur empat puluh tahun, maka bagaimanakah disifatkan beliau itu sebelum wujudnya dan sebelum ia diutus sebagai rasul? Maka boleh diberikan jawapan bahawa al-Ghazali dalam’ kitab al-nafkh wa al-taswiyah’ berkenaan dengan hal ini dan berkenaan dengan hadith ‘ Aku nabi terawal dari segi penciptaan dan terakhir dari segi dbangkitkan (dalam sejarah), bahawa maksud ‘penciptaan’ (al-khalq) di sini ialah takdir atau penetapan bukannya mengadakan (‘’al-taqdir duna al-ijad’); maka Baginda itu sebelum bondanya melahirkannya tidak wujud sebagai makhluk, tetapi (wujud) dalam bentuk matlamat-matlamat dan aspek-aspek kesempurnaan (‘al-ghayat wa al-kamalat’) yang mendahului dalam takdir yang mengikutinya dalam wujud.Inilah makna kata-kata mereka (yang bijaksana):’Awal fikiran ialah akhir amalan, dan akhir amalan adalah awal fikiran” (‘awwal al-fikrah akhir al-‘amal wa akhir al-‘amal awwal al-fikrah’).

Kemudian dalam memberi huraian tentang perkara ini beliau menyebut berkenaan dengan jurutera yang mempunyai konsep dan rupa bentuk (‘surah’) awal tentang bangunan yang hendak dibinanya dalam mindanya, dengan rupa bentuk yang lengkap sempurna (‘dar kamilah’); itulah yang ada dalam ‘takdir’ atau ketetapannya. Itulah yang ada kemudiannya yang zahir sebagai hasil daripada amalannya. Maka bangunan yang lengkap sempurna itu yang terawal dalam ‘takdir’nya, dan itulah yang terakhir dari segi wujudnya. Demikianlah-kiasnya- hadith ‘Aku nabi’ itu isyarat kepada apa yang dinyatakan, iaitru nabi dalam ‘takdir’ Ilahi sebelum sempurna penciptaan Adam a.s., kerana tidaklah diciptakan Adam melainkan untuk dikeluarkan daripada zuriatnya Mujhammad s.a.w.

Kemudian beliau menyatakan bahawa ‘hakikat ini tidak boleh difahami melainkan dengan mengetahui bahawa rumah atau bangunan itu ada dua wujud, satu wujud dalam minda jurutera dan otaknya, dan ia melihat kepada rupa bentuk rumah di luar daripada minda dalam zat-zat (al-a’yan’) dan wujud zihin adalah sebab bagi wujud yang zahir di luar zihin yang boleh dipandang dengan mata, dan itu mesti mendahului. Demikianlah- hendaklah anda ketahui- bahawa Allah menentukan takdir, kemudian Ia mengadakan mengikut persepakatan dengan takdir…(Dalam ‘al-Mawahib al-Laduniyyah’juz hal.7).

Selepas daripada ini beliau menyebut hadith-hadith berkenaan dengan awalnya Nur Muhammad s.a.w. dan bagaimana perkara-perkara lain dijadikan daripadanya.(Al-Mawahib al-laduniyyah, juz I hal 7 dst)

Tentang kedudukan ‘Abd al-Razzaq sebagai sandaran tentang hadith berkenaan dengan Nur Muhammad s.a.w. sebagai punca penciptaan segala, itu nampaknya tidak menjadi masalah, memandangkan antaranya al-Bukhari mengambil daripadanya 120 riwayat dan Muslim mengambil 400 riwayat. (GF Haddad, “Light of the Full Moon”, dalam http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html)

Dalam hubungan dengan ‘Abd al-Razzaq, ada kenyataan dalam kitab Al-Risalah al-Mustatrafah li Bayan Mashhur Kutub al-Sunnah al-Musharrafah, karangan Maulana al-Imam al-Sayyid Muhammad Ja’far al-Kattani (Maktab al-Kulliyat al-Azhariyyah-Qahiran, tanpa tarikh) pada halaman 13 bahawa Musannaf Abi Bakr ‘Abd al-Razzaq bin Humam bin Nafi’ al-Humairi meninggal tahun 211 Hijrah adalah lebih kecil daripada Musannaf ibn Abi Shaibah, disusun mengikut kiktab-kitab dan bab-bab. Dan Jami’ ‘Abd al-Razzaq yang selain daripada ‘Musannaf’ adalah kitab yang terkenal jami’ yang besar dan kebanyakan daripada hadith-hadithnya dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) dan empat imam hadith Dengan itu beliau menerima ‘Abd al-Razzaq dengan baik sebagai muhaddith.

Seterusnya, dalam kitab Al-Shifa karangan Qadhi ‘Iyad rahimahu’Llah, terdapat kenyataan dari Ibn ‘Abbas rd. bahawa Nabi s.a.w. adalah ruhnya itu berada di sisi Allah sebelum Ia menjadikan Adam a.s. selama dua ribu tahun, bertasbih nur itu sebagai malaikat bertasbih; daripadanya dijadikan Adam a.s. Bila Adam dijadikan maka nur itu diletakkan pada sulbinya. Sabda nabi s.a.w. Kemudian Allah turunkan aku ke bumi dalam sulbi Adam, kemudian dijadikan aku dalam sulbi Nuh, sulbi Ibrahim, kemudian tidak berhenti-henti Allah memindahkan aku dari sulbi-aulbi mereka yang mulia-mulia dan rahim-rahim para wanita yang suci, sehinggalah Ia keluarkan daku dari kedua ibu bapaku, yang mereka itu tidak terkena kekejian sedikitpun. Yang menjadi saksi tentang sahihnya kisah dan khabar ini ialah sya’ir al-‘Abbas yang masyhur yang memuji Nabi s.a.w. (Kitab al-Shifa, oleh Qadhi ‘Iyad, I, hal.83).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: “dan mengetahui tentang gerak-gerik engkau dalam kalangan mereka yang sujud”, kata ibn ‘Abbas rd maknanya “dari seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarklan engkau sebagai nabi (di zaman engkau dibangkitkan).” (Qadi ‘Iyad, al-Shifa, I.halaman 15-16).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Allah adalah cahaya langit dan bumi, kata Ka’b al-Akhbar dan ibn Jubair maksud nur yang kedua itu, iaitu mithalan bagi nurnya, ialah Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Maka mithalan bagi nurnya ialah Nur Muhammad s.a.w. Ia di pertaruhkan ke dalam sulbi-sulbi para anbia seperti ceruk cahaya (ka mishkat) sifatnya sedemikian, dan lampu (al-misbah) adalah kalbunya, kaca (al-zujajah) ialah dadanya: iaitu ia seumpama bintang kerana apa yang ada padanya terdiri daripada iman dan hikmah kebijaksanaan, yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, iaitu daripada Nur Ibrahim ‘alaihis-salam; diumpamakan sebagai pokok yang diberkati; hampir-hampir minyaknya menyala iaitu hampir-hampir nubuwwah nabi Muhammad itu …nyata kepada manusia sebelum daripada kata-katanya, seumpama minyak…(al-Shifa,I.hal.17-18).

Berhubungan dengan nur nabi ini dinyatakan dalam Al-Shifa.I.366:

Daripada yang demikian itu ialah zahir tanda-tanda pada waktu kelahiran Nabi s.a.w. dan apa yang dikisahkan oleh bondanya dan apa yang ada pada wakltu itu yang ajib-ajib, bagaimana ia mengangkat kepalanya waktu kelahirannya memandang ke langit, dan ada yang bondanya lihat nur yang keluar sewaktu Baginda dilahirkan; (juga) apa yang dilihat oleh Umm ‘Uthman ibn Abi al-‘As tentang bintang turun dan kemunculan nur sewaktu kelahiran Baginda sehingga sehingga tidak terlihat melainkan nur, dan kenyataan al-Shafa Umm ‘Abd al-rahman bin ‘Auf: Bila keluar Rasulullah s.a.w….Baginda Rasulullah s.a.w. …ia mendengar suara ‘Allah memberi Rahmat kepada anda dan cerah nyata bagiku antara Timur dan barat sehingga aku melihat istana-istana Rum” (ibid).

Dalam kitab al-Madkhal oleh ibn al-Hajj terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan Nur Muhammad ini. Antaranya terdapat riwayat, iaitu: Dinukilkan oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman al-Siqilli rahimahu’Llahu ta’ala dalam kitab ‘al-dalalat ‘ baginya, yang lafaznya ialah: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan makhluk yang paling dicintai olehNya yang lebih lagi daripada umat ini; dan tidak ada yang lebih mulia lagi daripada nabinya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam; kemudian para nabi selepas daripadanya, kemudian siddiqin, kemudian para aulia yang terpilih. Dan (berkaitan dengan) demikian itu sesungguhnya Allah menjadikan Nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam sebelum daripada dijadikan Adam selama dua ribu tahun, dijadikanNya dalam bentuk tiang di hadapan ‘Arasynya ia bertasbih kepada Allah dan mentakdiskanNya; kemudian Ia menjadikan Adam ‘alaihis-salatu was-salam, daripada Nur Muhammad s.a.w. dan dijadikanNya nur para nabi ‘alaihimus-salatu wassalam daripada Nur Adam ‘alaihis-salam, habis. (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.28).

Seterusnya dalam al-Madkhal.II.29 terdapat riwayat:

Al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi’ memberi isyarat dalam kitabnya ‘Shifa’ al-Sudur’ kepada beberapa perkara yang hebat dan agung; antaranya apa yang diriwayat, iaitu bila Allah Yang Maha Bijaksana hendak menjadikan zat nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang diberkati dan such, Ia memerintah Jibril a.s. turun ke bumi dan membawa dengannya bumi yang menjadi jantung bagi bumi, dengan kegemilangannya dan nurnya…(sampai kepada penciptaan nur Muhammad) dan nur Muhammad itu bergemilang di belakang Adam, maka para malaikat berdiri di belakang Adam melihat nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam …kemudian Adam memohon supaya nur itu diletakkan supaya ia sendiri boleh melihatnya, maka Allah menjadikan Adam boleh melihatnya…itu dengan isyarat ‘la ilaha illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah dan sembahyang (dengan melihat kepada jari telunjuknya)…kemudian nur itu diletakkan di dahi Adam kelihatan seperti matahari dalam pusingan falaknya atau bulan dalam masa penuhnya (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.30)

Dalam kitab yang sama disebut bagaimana perkara yang mula-mula dijadikan Allah ialah Nur Muhammad dan kemudian daripadanya dijadikan sekelian yang lainnya.

Berhubungan dengan Nur Muhammad ini terdapat kenyataan dalam kitab Hujjatu’Llah ‘alal-‘Alamin fi Mu’jizati Sayyidil-Mursalin oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Katanya:

Maka tidak dikurniakan kemuliaan (‘karamah’) dan kelebihan (‘fadhilah’) kepada seseorang dari kalangan mereka (iaitu dari kalangan anbia) melainkan dikurniakan kepada Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang sepertinya. Maka Adam ‘alaihis-salam diberikan Allah kurnia, iaitu ia dijadikan Allah dengan TanganNya, maka Allah kurniakan pula kepada nabi Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam pembukaan dadanya dan pengambilannya rapat denganNya dengan melapangkan dadanya bagi DiriNya dan dijadikan di dalamnya iman dan hikmah kebijaksanaan, dan ini akhlak nabawi; maka kurniaan kepada Adam khalq wujud (baginya) dan kepada nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan akhlak nabawi walaupun maksud kejadian Adam adalah penciptaan nabi kita dalam sulbinya; maka penghulu kita Muhammad s.a.w. adalah maksudnya dan Adam alaihis salam adalah wasilah baginya, dan maksud mendahului wasilah. Adapun sujud malaikat kepada Adam a.s., kata Fakhr al-razi dalam tafsirnya ialah: para malaikat itu diperintah sujud kepada Adam kerana ada Nur Muhammad s.a.w. pada dahinya. (hal.15 ).

Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim rh terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan nur Baginda s.a.w.

Antaranya ialah:

(Diriwayatkan kepada kami) oleh ‘Ali bin Hamshad al-‘adl secara rencana (imla), Harun bin ‘Abbas al-hashimi meriwayatkan kepada kami, Jundul bin Waliq meriwayatkan kepada kami, (seterusnya sampai kepada al-‘Abbas rd) bahawa Baginda bersabda: Allah mewahyukan kepada ‘Isa alaihis-salam, wahai ‘Isa, berimanlah engkau kepada Muhammad dan suruhlah sesiapa yang mendapatkan Baginda dari kalangan umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak menjadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Syurga, dan Neraka, Aku jadikan ‘Arash atas air, kemudian ia bergoncang, maka ditulis atasnya ‘la ilaha illa’llah Muhammadun Rasulu’Llah, maka iapun tenang. (Ini hadith sahih (kata al-Hakim) yang tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim). (al-Mustadrak al-Hakim II.614-615).

Dari Maysarah al-Fakhr, katanya bahawa ia bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? Jawabnya: walhal Adam masih antara roh dan jasad. (al-Mustadrak.II.608-609). Sahih riwayatnya.

Dari Maisarah al-fakhr lagi, katanya bahawa ia bertanya kepada Baginda bila Baginda menjadi nabi. Jawabnya (Sewaktu) Adam masih antara roh dan j asad. Hadith sahih. (al-Mustadrak.II.609.)

Dari Irbad bin Sariah katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya aku di sisi Allah pada awal Kitab khatam sekelian anbiya, walhal Adam terbujur dalam jasadnya, aku akan memberitahu kepada kamu takwilan tentang itu, (aku) adalah do’a bapaku Ibrahim, berita gembira saudaraku ‘Isa kepada umatnya, dan aku pemandangan bondaku, yang ia lihat keluar daripadanya nur yang menjadikan terang baginya istana-istana di Syam. Sahih. (al-Mustadrak.II.600).

Berkenaan dengan yang demikian ada riwayat daripada Khalid bin Ma’dan, dari beberapa Sahabat nabi s.a.w. bahawa mereka bertanya kepada Baginda: Beritaku kepada kami berkenaan dengan tuan hamba.Baginda menjawab: Aku doa bapaku Ibrahim, berita gembira ‘Isa (kepada umatnya tentang aku akan diutus), dsan bondaku melihat sewaktu aku dilahirkan keluar daripadanya nur yang menerangi baginya Busra, dan Busra adalah di negeri Syam.Al-hakim menyatakan Khalid ibn Ma’dan dari kalangan tabi’in yang sebaik-baiknya yang bersahabat dengan Mu’adh bin Jabal.sahih pada al-Hakim.(al-Mustadrak.II.600).

Dalam kitab Jam’ al-Wasa’il fi Sharh al-Shama’il (lit-Tirmidhi) karangan Mulla ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari rh (men. 1014 H.) ada terdapat beberapa huraian, antaranya:

Tentang kenyataan dalam Shama’il Tirmidhi bahawa orang yang melihat nabi tanpa mengenalinya terlebih dahulu terasa sangat hebat, maka Mulla ‘Ali al-Qari menghuraikan aspek kehebatan Baginda itu katanya: kerana ada pada Baginda sifat jalal dan atasnya ada kehebatan dari sisi Tuhan dan limpahan kurnia dari alam samawi (sifah al-jalal wa ‘alaihi al-haibah al-ilahiyyah wal-fuyud al-samawiyyah). (Jam’ al-wasa’il. hal. 28). Dan dalam kitab yang sama dalam kenyataan al-Shama’il bahawa Baginda itu lebih cantik daripada bulan –ahsan minal-qamar- beliau memberikan huraian katanya: tentang nurnya zahir dalam ufuk-ufuk (alam zahir) dan alam anfus (diri manusia) dengan tambahan sifat-sifat kesempurnaan dalam bentuk rupa lahir dan ma’nawi, bahkan pada hakikatnya tiap-tiap nur dijadikan daripada nurnya (ma’a ziyadah al-kamalat al-suwariyyah wal-ma’nawiyyah, bal fil-haqiqah kullu nurin khuliqa min nurih); dan dikatakan dalam hubungan dengan ayat bermaksud:’Allah adalah cahaya langit dan bumi, dan misalan bagi nurnya-iaitu nur Muhammad- maka nur wajahnya –s.a.w.- yang sejati, pada zatnya, tidak terpisah daripadanya sesaatpun malam dan siang, walhal nur bagi bulan muktasab, dipinjam (daripada cahaya matahari) sekali berkurang dan sekali terselindung. (jam’ al-Wassa’il Sharah al-Shama’il.hal.47).

Dalam huraian Shaikh al-Munawi rh tentang Baginda itu lebih cantik daripada bulan sebagaimana yang ternyata dalam kitab Shama’il al-Tirmidhi, beliau menyatakan: itulah wajah Baginda pada sisi tiap-tiap orang; dan dalam riwayat ibn al-Jauzi dan lainnya dari Jabir juga ‘pada mataku’ ganti bagi ‘pada sisiku’ (‘indi’); dalam riwayat Abu Nu’aim dari Abu Bakr adalah wajah Baginda itu seumpama pagar atau kandungan bulan (‘daratul-qamar’) dan bagi riwayat Darimi dari al-Rabi’ binti al-Mu’awwidh katanya: Aku melihatnya aku mel,ihat matahari sedang naik memancar. Dalam riwayat ibn al-Mubarak dan ibn al-jauzi dari ibn ‘Abbas bahawa Baginda tidak ada bayang (‘lam yakun lahu zill’), dan Baginda tidak berdiri dalam matahari melainkan cahaya Baginda mengatasi cahaya matahari, sebagaimana yang ada dalam Baijuri. (Sharah al-Muhaddith al-Shaikh al-Munawi pada Shama’il Tirmidhi,I. halaman 47).

Dalam huraian Shaikh al-Munawi lagi, dalam menghuraikan kata-kata bermaksud: seperti cahaya keluar antara celah-celah gigi Baginda, katanya: tidak perlu kepada kata ‘seperti’ (‘ka’) tambahan, seperti yang dilakukan oleh pensyarah (‘Shama’il’), bagaimana demikian, kerana itu (yang keluar di celah-celah gigi Baginda) adalah nur hissi (atau cahaya lahiriah, bukan maknawi, abstrak), dan kata beliau kalau tidak hissi maka bagaimana digunakan ru’iya-dilihat. Ertinya ia bukan ma’nawi. (ibid.I.55-56).

Dalam hubungan dengan kenyataan dalam al-Shasma’il bila nabi s.a.w. datang ke Madinah menjadi cerah (tiap-tiap sesuatu) ,kata Mulla ‘Ali al-Qari iaitu: menjadi cerah tiap-tiap juzuk dari kota Madinah dengan nur yang hissi-atau cahaya lahiriah yang dipandang dengan mata—atau juga cahaya ma’nawi kerana dengan masuknya Baginda maka ada cahaya hidayah yang am dan terangkat kerananya berbagai jenis kegelapan, dengan isyarah bahasa menunjukkan teramat sangat (al-mubalaghah), yang tiap-tiap sesuatu dari alam ini mengambil cahaya dari Madinah pada hari itu. Ataupun pencerahan itu ialah kiasan bagi kesukaan yang amat sangat bagi para penduduk kota itu – serta dengan tidak mempedulikan (dalam suasana itu) kepada mereka yang berseteru (dengan Baginda dan Islam). Beliau juga menyebut pendapat al-Tibbi yang memandang itu adalah cahaya secara hissi. (Mulla ‘Ali al-Qari, Sharah al-Shama’il al-Tirmidhi, II.209).

Dalam syarah al-Munawi berkenaan dengan potongan yang sama dalam al-Shama’il Tirmidhi katanya: Yang asah ialah maksudnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk kota Madinah itu menjadi cerah dengan cahaya secara hakikatnya (bukan kiasan lagi) bukan tajrid (bukan secara abstrak lagi), bagaimana tidak, walhal Baginda itu zat dirinya pada keseluruhannya adalah cahaya (‘wa qad kanat dhatuhu kullaha nuran) maka Allah taala telah berfirman: Telah datang kepada kamu dari Allah Nur dan Kitab yang nyata, maka Baginda adalah cahaya yang menjadikan cerah bagi sekelian alam, dan Baginda adalah lampu yang cerah mengeluarkan cahaya. (Sharah al-Munawi atas al-Shama’il Tirmidhi, di tepi syharah Mulla ‘Ali al-Qari, II.55).

Dalam al-Mawahib al-Laduniyyah – Hashiyah Shama’il al-Tirmidhi karangan Shaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1276 Hijrah) terdapat beberapa kenyataan yang mencerahkan. Dalam hubungan dengan potongan yang bermaksud: iaitu orang yang melihat Baginda secara badihah (belum mengenalinya) akan merasa hebat dengannya-iaitu melihat Baginda sebelum menilik kepada akhlaknya yang teramat tinggi dan hal dirinya yang teramat berharga, merasa gerun dengannya, kerana ada padanya sifat jalal atau kehebatan dari sisi Tuhan (sifat al-jalal al-rabbaniyyah) dan apa yang ada padanya dari kehebatan dari sisi Tuhan (lima ‘alaihi minal-haibah al-ilahiyyah).

Kemudian beliau mengutip kata-kata dari ibn al-Qayyim: Perbezaan antara kehebatan dan takabur (pada seseorang insan) ialah: kehebatan itu adalah kesan daripada beberapa kesan yang banyak yang memenuhi kalbu orang itu kerana merasa kehebatan Allah (bi ‘azamati al-rabb) dan kasih kepadaNya, serta merasa Ketinggian HebatNya (wa ijlaliHi); maka bila hati seseorang penuh dengan yang demikian bertempatlah padanya nur, turunlah atasnya rasa ketenangan dan kebeningan (al-sakinah), dan dipakaikanlah kepadanya selendang kehebatan; maka (dengan yang demikian) jadilah percakapannya nur, ilmunya nur, kalau ia diam, maka ada atas dirinya kehebatan dan keagungan (al-waqar), dan bila ia berkata-kata

Ia menarik hati manusia dan pandangan mereka. Adapun sikap takabur itu adalah kesan daripada sekian banyak kesan yang memenuhi kalbu, daripada kejahilan, kezaliman, dan ujub atau heran kepada diri sendiri. Maka bila kalbu dipenuhi dengan yang demikian, terkeluarlah daripadanya kehambaan (‘ubudiyyah) dan turunlah ke atasnya kegelapan zulmat, sifat marah, maka berjalannya antara manusia dengan bongkak, mu’amalahnya dengan mereka secara takabur, tidak memulakan memberi salam (kepada orang lain)…(dalam al-mawahib al-laduniyyah –hashiyah al-Shaikh Ibrahim al-Bajuri ‘ala al-Shama’il al-Muhammadiyyah lit-Tirmidhi-hal.16).

Dalam kitab yang sama (hal.19) dalam hubungan dengan potongan dalam al-shama’il yang bermaksud: Adalah Baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam bercahaya-cahaya wajahnya seumpama bercahayanya bulan sewaktu penuh purnama –lalatul-badr-iaitu malam kesempurnaannya, kerana Nabi s.a.w. menghapuskan kegelapan kufur sebagaimana bulan menghilangkan kegelapan malam, dan sesungguhnya datang riuwayat (juga) misalan Baginda seumpama matahari dengan memandang kepada matahari itu lebih lengkap dalam pencerahan kegimalangan cahayanya, dan pencerahan dengan cahayanya itu ada juga datang misalan Baginda seumpama kedua-duanya (matahari dan juga bulan) dengan memandang kepada keadaan Nabi s.a.w. menghimpunkan dalam dirinya tiap-tiap segi kesempurnaan, dan misal umpama itu adalah sekadar untuk mendekatkaqn kepada faham, kalau tidak tidak ada apa-apa yang menyamai Baginda dalam gambaran sifat-sifatnya.

Dalam teks yang sama (hal. 24) dalam hubungan dengan kenyataan Jabir bahawa ia melihat Rasulullah s.a.w. pada malam bulan penuh purnama —aku melihat kepada Baginda dan kepada bulan padaku Baginda lebih cantik daripada bulan.(ahsan minal-qamar), kata al-Baijuri:

Yang demikian itu adalah pada tiap-tiap orang yang melihat Baginda s.a.w. Hanyasanya Baginda itu lebih cantik kerana nurnya mengatasi nur bulan (li’anna dau’ahu yaghlibu ‘ala dau’I al-qamar), bahkan mengatasi cahaya matahari (bal wa ‘ala dauy’i al-shamsi); bahkan dalam satu riwayat ibn Mubarak dan ibn al-Jauzi Baginda itu tidak ada bayang, dan bila Baginda berdiri dalam sinaran cahaya matahari maka cahayanya mengatasi cahaya matahari, dan bila ia berdiri dalam cahaya lampu maka cahayanya mengatasi cahaya lampu itu. (ghalaba dau’uhu ‘ala dau’i al-siraj).

Dan berkenaan dengan cahaya yang keluar di celah-celah gigi Nabi s.a.w. al-Baijuri menafsirkan bahjawa itu cahaya hissi bukan hanya ma’nawi, sebab kalimah ru’iya itu merujuk kepada melihat. (ibid. hal. 27).

Dan dalam hubungan dengan kenyataan kota Madinah cerah dengan cahaya dengan kedatangan nabi s.a.w. beliau memahaminya cahaya yang hissi selain daripada yang ma’nawinya. (ibid. hal.196).

Dalam hubungan dengan hadith yang kuat sandarannya dalam Tirmidhi berkenaan dengan Allah mengenakan cahayanya atas sekelian makhluk, dan yang mengenanya dan yang tidak mengenannya ialah seperti berikut:

حَدَّثَنَا ‏ ‏الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏إِسْمَعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ ‏ ‏قَال سَمِعْتُ ‏ ‏عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو ‏ ‏يَقُولُ ‏

‏سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ خَلَقَ خَلْقَهُ فِي ظُلْمَةٍ

فَأَلْقَى عَلَيْهِمْ مِنْ نُورِهِ فَمَنْ أَصَابَهُ مِنْ ذَلِكَ النُّورِ اهْتَدَى وَمَنْ أَخْطَأَهُ ضَلَّ فَلِذَلِكَ أَقُولُ جَفَّ الْقَلَمُ عَلَى عِلْمِ اللَّهِ

قَالَ ‏ ‏أَبُو عِيسَى ‏ ‏هَذَا ‏ ‏حَدِيثٌ حَسَنٌ

Diriwayatkan kepada kami oleh al-Hasan bin ‘Arafah, Isma’il bin ‘Iyash meriwayatkan kepada kami dari Yahya bin Abi ‘Amru al-Syaibani, dari ‘Abdullah bin al-Dailami, katanya Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata: Aku mendengar Rasulullah salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla menjadikan sekelian makhluk dalam zulmah, kemudian Ia melemparkan ke atas mereka daripada NurNya, maka sesiapa yang terkena daripada Nur itu dia mendapat hidayat dan sesiapa yang tidak terkena Nur itu atasnya ia tersesat.Dengan itu maka aku berkata: Qalam sudah kering atas Ilmu Allah.Kata Abu ‘Isa (Tirmidhi): hadith hasan. (http://www.hadith.al-islam.com/Display/Display-asp?Doc=2&ID=41787&SearchText)

Hadith ini ialah berkenaan dengan takdir Ilahi tentang taraf-taraf makhluk mendapat cahaya-nur- dari Tuhan dalam kehidupannya dan agamanya. Dengan ini maka boleh difahamkan bahawa hidup mukminin adalah berdasarkan hakikat cahayanya, dan Nabi s.a.w. adalah mukmin yang pertama sekali yang mendapat bahagian cahaya itu, dan ia melebihi orang lain dengan sifatnya sebagai cahaya- termasuklah melebihi walaupun malaikat yang terjadi daripada cahaya. Maka Nabi s.a.w. adalah makhluk pertama yang mendapat cahaya itu melebihi para malaikat dan lainnya.

Dalam kitab Al-Anwar al-Muhammadiyyah mkin al-Mawahib al-laduniyyah karangan Syaikh Yusuf bin Ismai’l al-Nabhani (Dar al-Fikr, tanpa tarik) disebut oleh beliau beberapa maklumat berkenaan dengan Nur Muhammad. Antaranya ialah seperti berikut:

Maksud yang pertama (dalam Kitab al-Anwar al-Muhammadiyyah…): Ketahuilah bahawa bilamana berhubung Iradat Allah Taala bagi mengadakan makhlukNya maka Ia menzahirkan Hakikat Muhammadiyyah dari anwarNya (dengan Qudrat dan IradatNya-UEM) kemudian Ia menimbulkan daripada (nur itu) alam-alam semuanya, alam tingginya dan alam rendahnya, kemudian Ia memasyhurkan kenabian Baginda walhal Adam belum ada lagi, melainkan sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam-(ia adalah) antara roh dan jasad (yakni belum ada lagi), kemudian terpancarlah daripada Baginda (yaitu nurnya itu-UEM) para arwah , maka ia adalah dari jenis yang tinggi mengatasi semua jenis, dan ia adalah bapa akbar (punca terbesar) bagi sekelian yang wujud (al-ab al-akbar li-jami’ al-maujudat);dan bila habis edaran masa dengan Nama yang Batin pada haknya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (bagi berpindah) kepada wujud jasadnya dan pertambatan roh dengannya, berpindahlah hukum zaman itu kepada Nama yang Zahir, maka zahirlah Muhammad salla’Llah u ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan (dirinya dan hakikat)nya, dengan jisim dan rohnya sekali. Maka (makna yang sedemikian itu boleh terdapat) dalam (riwayat) Sahih Imam Muslim, bahawasanya Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Taala memaktubkan takdir sekelian makhluk (maqadir al-khalq) sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun (melambangkan masa yang terlalu amat lama yang tidak boleh ditentukan oleh manusia-UEM) dan ‘ArashNya berada di atas air. Dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub (demikian itu) ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam al-Nabiyyin. (Maka dalam hubungan dengan hakikat yang sedemikian itulah ada riwayat-UEM) dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya aku di Sisi Allah adalah khatam sekelian para nabi walhal Adam masih terbujur dalam jasadnya, terbujur jasaadnya, belum tertiup roh padanya. Dan (ada riwayat hadith) dari Maisarah al-Dabbi katanya: Aku bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah, bilakah tuanhamba menjadi nabi? Jawabnya: Sewaktu Adam masih antara roh dan jasad. (hal. 9)

Dalam Sahih Muslim dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah azza wa jalla memaktubkan takdir sekelian makhluk sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun dan ‘ArashNya berada di atas air, dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub dalam Ibu Kitab ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam sekelian anbia. (ibid. hal.9).

Dan dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam: sabdanya: Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah khatam anbiya’ walhal Adam terbujur dalam jasadnya iaitu terbujur sebelum ditiupkan roh padanya. (ibid. hal. 9-10).

Hadith-hadith yang menunjukkan kedudukan hakiki dan kelebihan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam juga dibicarakan oleh al-Imam Suyuti (men. 911 Hijrah) dalam kitabnya al-Hawi lil-Fatawi, (Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, 1421/2000) dalam jilid 2 hal.136 dan seterusnya. Beliau menulis antaranya:

Hadith dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab, Anas, Jabir, ibn ‘Abbas, ibn ‘Umar, Abi Darda’, Abu Hurairan dan lainnya (meriwayatkan) bahawa nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam memberitahu yang Baginda itu tertulis (namanya) atas ‘Arash dan tiap-tiap langit, dan tiap-tiap pintu Syurga, atas daun-daun Syurga: ‘la ilaha illa’Llah Muhammadun Rasulullah’ Dan tidak termaktub yang demikian itu dalam alam malakut melainkan atas daripada nama-nama anbia lainnya [dan itu tidak lain] melainkan untuk para malaikat menyaksikannya dan [untuk mereka mengetahui] hal keadaan Baginda diutus kepada mereka[ juga selain daripada diutus kepada manusia].

Dan ibn ‘Asakir mengeluarkan riwayat daripada Ka’b al-Ahbar bahawa Adammemberi wasiat kepada anaknya Syith katanya: Tiap-tiap kali kamu berzikir menyebut nama Allah maka sebutkan juga dengannya nama Muhammad; sesungguhnya aku melihat nama Baginda itu termaktub atas tiang ‘Arash walhal aku di antara ruh dan jasad, kemudian aku mengerling lihat lalu aku dapati tidak ada mana-mana tempat di langit melainkan tertulis padanya nama Muhammad. Dan aku tidak melihat dalam Syurga sebuah istana dan bilik melainkan tertulis padanya nama Muhammad, dan aku melihat namanya tertulis atas leher bidadari… (hal 136-137 al-Hawi).

Imam al-Suyuti seterusnya menyatakan seperti berikut:

Dan al-Subki menyatakan dalam kitab karangannya bahawa Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam diutus kepada sekelian anbia –Adam dan nabi-nabi kemudiannya, bahawa Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah nabi bagi mereka dan Rasul atas mereka semuanya, dan boleh diambil dalil tentang yang demikian itu daripada hadith nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ‘Aku sudah nabi walhal Adam [masih] antara ruh dan jasad’ dan hadithnya ‘Aku dibangkitkan kepada umat manusia seluruhnya’ (bu’ithtu ilan-nas kaffatan’). Katanya [yakni kata al-Subki]: Dan kerana ini Allah mengambil janji atas semua nabi-nabi untuk nabi Muhammad, seperti dalam firman Allah: [bermaksud] ‘Dan Allah mengambil perjanjian …adakah kamu berikrar dan mengambil sebagai perjanjian denganKu, mereka berkata kami berikrar, firmanNya Saksikanlah, Aku bersama kamu sebagai saksi’ [Ali ‘Imran.81][Kata Imam al-Suyuti]: Dikeluarkan hadith oleh ibn Abi Hatim dari al-Suddi tentang ayat itu, katanya: Tidak dibangkit seseorang nabi mulai dari Adam melainkan Allah mengambil janjinya supaya ia benar-benar beriman dengan Muhammad .Dan ibn ‘Asakir mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas, katanya: Terus-menerus Allah mengutamakan dan mendahulukan nabiu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sampai kepada Adam dan nabi-nabi selepas daripadanya …(ibid.II.137)

Dan al-Hakim mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas katanya: Allah mewahyukan kepada ‘Isa: Berimanlah engkau den gan Muhammad dan suruhlah sesiapa yang bertemu dengan Baginda itu dari umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Adam, Syurga, dan Neraka.

Kata al-Subki: Kita tahu melalui khabar [hadith] yang sahih hasilnya kesempurnaan –sebelum Adam dijadikan lagi- bagi nabi kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dari sisi Tuhannya, dan Tuhan telah kurniakan kmepada Baginda itu nubuwwah dari waktu itu lagi [waktu Adam pun belum ada], kemudian Allah mengambil dari para nabi ikut janji untuk beriman dengan Muhammad, untuk memberitahu kepada mereka bahawa bagfinda itu terdahulu dean terkedepan daripada mereka, dan Baginda itu nabi dan rasul bagi mereka, dan pada makna mengambil janji itu ada makna istikhlaf [yakni para nabi lain itu bertindak atas nama Muhammad], kerana itu masuklah di dalamnya [dalam kata-kata tentangnya] lam al-qasam dalam ‘latu’minunna bihi’ dan ‘wa latansurunnahu’ [maknanya kamu benar-benar beriman dengannya dan kamu benar-benar menolongnya bila sampai masanya]. (ibid.II.137)

Kemudian Imam al-Suyuti seterusnya menyebut tentang kelebihan nabi s.a.w. diambil janji untuknya, bagaimana nabi-nabi lain menjadi makmum sembahyang di belakangnya pada malam Isra’ Mi’raj, kemudian bagaimana nabi ada dua wazir di langit Jibril dan Mika’il, dan di bumi dua, iaitu Abu Bakar dan ‘Umar, berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh ibn al-Mundhir, ibn Abi Hatim, al-tabarani, ibn Marduyah, dan Abu Nu’aim dalam ‘al-Dala’il’.

Pada tahap ini penulis ingin menukilkan catatan Dr GF Haddad dalam artikelnya “The Light of Muhammad” dalam http://www.abc.se/~m9783/nurn_e.html dan dalam artikelnya “The First Thing that Allah created was my nur” dalam http://www.abc.sel/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html;

Antara para ulama yang disebut oleh beliau yang membicarakan soal Nur Muhammad ialah:

  1. Qadi ‘Iyad yang terkenal dengan kitab al-Shifanya,
  2. Imam al-Suyuti dalam Tafsir Jalalainnya
  3. Firuzabadi dalam Tanwir al-Miqbasnya atau tafsir ibn ‘Abbasnya
  4. Imam Fakhru’d-Din al-Razi, mujaddid abad ke 6 Hijrah, dengan Tafsir al-Kabirnya
  5. Qadi al-Baidawi dengan Tafsir al-Baidawinya
  6. Al-Baghwi dengan Ma’alim al-Tanzilnya
  7. Pengarang tafsir Abi Su’ud dengan huraiannya
  8. Al-Tabari dengan Tafsir at-tabarinya
  9. Pengarang Tafsir al-Khazin dengan huraiannya
  10. Al-Nasafi dengan Tafsir al-Madariknya
  11. Al-Sawi dengan syarahnya atas al-jalalain
  12. Al-Alusi dengan Ruh al-ma’aninya
  13. Ismail Haqqi dengan syarahnya atas Tafsir Ruh al-Ma’ani
  14. Al-Qari dengan Sharah al-Shifanya
  15. Suyuti dengan al-Riyad al-Aniqanya
  16. Ibn Kathir dengan Tafsirnya
  17. Qadi ‘Iyad dengan al-Shifanya
  18. Al-Nisaburi dengan tafsirnya Ghara’ib al-Qur’an
  19. Al-Zarqani dengan Sharah al-mawahib al-laduniyyahnya
  20. Ibn Hajar dengan al-Isabahnya
  21. Tirmidhi dengan Sunannya
  22. Baihaqi dengan Daala’il al-Nubuwwahnya
  23. Ibn Hajar Haitami dengan D ala’il al-Nubuwwahnya
  24. Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad dengan kitab hadith mereka masing-masing yang memberi gambaran tentang nabi s.a.w.
  25. Al-Hakim dengan al-Mustadraknya
  26. Ibn Kathir dengan Tafsirnya dan Maulid Rasul Allahnya
  27. Ibn Ishaq dengan Sirahnya

Dhahabio dengan Mizan al-I’tidalnya

Al-Tabari dengan al-Riyad al-Nadiranya

Al-Shahrastani dengan al-Milal wan-Nihalnya

‘Abd al-Haq al-Dihlawi dengan Madarij al-Nubuwwahnya (dalam Bahasa Parsi)

‘Abd al-Hayy al-Lucknowi dengan al-Athar al-marfu’ fi al-akhbar al-maudu’anya

‘Abd al-Razzaq dengan Musnadnya

‘Abidin (Ahmad al-Shami) men.1320 H. dengan komentarnya atas syair ibn Hajar al-Haitami al-Ni’;matul-Kubra ‘alal-‘Alamin

Al-‘Ajluni (Isma’il bin Muhammad, men.1162) dengan Kashf al-Khafa’nya

Bakri (Sayyoid Abu al-hasan Ahmad ibn ‘Abd Allah men.abad ke3 H) dengan al-Anwar fi Maulid al-Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallamnya

Diyarbakri (Husain bin Muhammad, meninggal 966 H.) yang memulakan kitabnya Tarikh al-Khamis fi Ahwal Anfasi Nafisa dengan kata-kata Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang menjadikan cahaya nabiNya sebelum daripada segala sesuatu…”

Fasi (Muhammad ibn Ahmad men.1052 H.) dengan kitabnya Matali’ al-Masarrat

Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani men.561 H. dengan kitabnya Sirr al-Asrar fi Ma Yuhtahu ilaihi al-Abrar (hal.12-14 edisi Lahore) yang menyatakan: Ia memberi dalil bahawa Baginda adalah punca bagi segala sesuatu yang maujud, dan Allah Maha Mengetahui.

Haqqi (Ismail, men.1137) menukil hadith itu dalam tafsirnya Ruh al-Bayan

Ibn Hajar al-Haitami (men.974 H) dengan Fatawa Hadithiyyahnya

Syaikh Ismail al-Dihlawi (men.1246 H) dengan risalahnya Yek Rauzah di mana beliau menyatakan: Sebagaimana yang diisyaratkan oleh riwayat: perkara yang awal dijadikan Allah adalah nurku.

Sulaiman al-Jamal (men.1204 H) yang menukil hadith tentang nur Muhammad awal-awal dijadikan Allah, dalam syarahnya ke atas al-Busiri berjudul al-Futuhat al-Ahmadiyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah.

‘Abd al-Qadir al-Jili dengan Namus al-A’zam wa al.-Qamus al-Aqdam fi Ma’rifat Qadar al-Bani sallka’lahu ‘alaihi wa sallam menyebut hadith nur Muhammad.

Kharputi (‘Umar bin Ahmad, men.1299) dalam syarahnya terhadap al-Busiri menyebutnya.

Maliki al-Hasani (Muhammad ibn ‘Alawi) menyebutnya dalam syarahnya terhadap kitab al-Qari Hasyiyah Al-Maurid al-Rawi fi Maulid al-Nabi. Pada halaman 40 beliau menyatakan “Sanad Jabir adalah sahih tanpa pertikaian, tetapi ulama berbeza pendapat tentang teksnya kerana khususiahnya, Baihaqi juga meriwayatkan hadith itu dengan beberapa kelainan.”

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM), KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU DALAM KONTEKS WACANA SUNNI, http://www.geocities.com/traditionalislam/Nur_Muhammad.htm

Ini antara teks-teks yang disebut oleh beliau dalam tulisannya.

Inilah antara yang terlintas pada penulis yang kurang pengetahuan ini untuk menukilkan riwayat-riwayat dari punca-punca para ulama yang muktabar dalam umat ini untuk kefahaman dan pegangan bersama. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan barakah dariNya.

Amin ya Rabbal-‘alamin.Wallahu’a’lam.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *